Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

19 Februari 2012

KEWAJIPAN MEMBENTUK HARAKAH ISLAMIYYAH ‘ALAMIYYAH YANG TUNGGAL

Berbagai-bagai cabang amal Islam yang terdapat di zaman moden ini menimbulkan ketakutan dan kegelisahan bahawa ianya akan memberikan gambaran yang buruk kepada tabiat dan ciri-ciri amal Islam yang betul dan asli. Berikutnya, ia akan melemahkan kekuatan dan kekerasan Islam dalam pertarungan dan persaingan di antara puak Islam dan jahiliyyah. Bukan setakat ianya tidak menolong Islam malah ia membawa kekacauan pada akal manusia dan akibatnya mereka akan menjauhkan diri dan amal Islam itu tadi dan menjadikan mereka itu berada di pihak yang menentang Islam. Dan alangkah banyaknya keadaan sedemikian berlaku pada hari ini.

Pertentangan yang berlaku mutakhir ini, selain daripada ianya menjadi tuntutan syara’ dan Islam, kedua-duanya berkehendakan kesatuan kekuatan tenaga Islam dalam satu saf untuk menghadapi jahiliyyah dan menegakkan daulah yang berhukumkan syari’at Allah.

Alasan-alasan kebangkitan sebuah harakah Islamiyyah ‘alamiyyah yang satu

Alasan-alasan yang memestikan terdirinya sebuah harakah Islamiyyah Alamiyyah yang tunggal amat banyak dan lebih daripada hanya untuk dijadikan bahan perbincangan penting. Para pekerja, atau petugas dalam bidang amal Islam yang mengkaji dan menganalisa sehingga amal dan usaha untuk mewujudkan harakah Islamiyyah yang dicita-citakan terbentuk, hendaklah melaksanakannya berdasarkan kepada iman dan keyakinan. bukan berdasarkan kepada emosi dan semangat yang sementara.

Islam pada masa ini menghadapi cabaran yang berat. Cabaran yang dihadapi datang lebih dari satu pihak. Hukum hukum Islam dan undang-undang yang terpancar dan syari’at Islam tidak dilaksanakan walau di mana sekalipun pelusuk watan Islam. Malah, hukum taghut, sistem-sistem dan pemikiran materialisma ciptaan manusia yang bertentangan dengan Islam, yang berdendam dengan Islam dan bercanggah dan segi falsafah dan prinsip akhlak, itulah yang sedang berperanan. Pemikiran materialisma dan falsafah atheisma merosakkan intelek generasi muda. Keadaan moral menurun hingga ke tahap yang paling rendah. Kezaliman sistem yang memerintah dan undang-undang yang berjalan, serta kurangnya keadilan, kebebasan dan persamaan membolehkan fahaman Marxisma yang menafikan keujudan Allah menyerang umat Islam atas nama melaksanakan keadilan, membela mereka yang terzalim dan meningkat taraf hidup golongan miskin proletariat (yang tertindas).

Peperangan yang berlaku pada hari ini diantara Islam dan jahiliyyah bukan setakat perbincangan ilmiah semata mata atau dalam batas-batas perbincangan ideologi sahaja tetapi sampai ke peringkat berdarah yang ganas. Jahiliyyah hari ini dalam serangannya terhadap Islam dan para pendakwah menggunakan segala senjata yang menghancurkan, senjata dalam bentuk pembunuhan, pengurungan, penyiksaan atau pembuangan. Fitnah, khianat, tashkik usaha untuk timbulkan keraguan dan tuduhan dalam berbagai bentuk dan rupa adalah di antara cara-cara yang dilakukan oleh jahiliyyah moden untuk memukul Islam dan menghapuskan para pendakwah di setiap tempat.

Seluruh dunia hidup dalam kesesatan, sedang menggigil di bawah tapak kaki penyelewengan. kekosongan dan tidak normal.Dunia yang dibalut dengan gejala ketamadunan moden, dibakar oleh api revolusi sex dan diancam oleh pertentangan gejala kebinatangan telah mengancam keujudan, akhlak dan pemikiran manusia.

Satu lagi alasan yang memerlukan kewujudan sebuah harakah Islam Alamiyyah (antarabangsa) yang satu, iaitu cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Islam dan gerakan antarabangsa umpamanya gerakan zionisma, freemason, komunisma dan missionary Kristian dan gerakan-gerakan lain yang seumpamanya; gerakan-gerakan yang mempunyai kemampuan, kemudahan, tenaga manusia dan kebendaan juga teknikal yang tidak mungkin, malah tidak harus dihadapi kecuali dengan kemampuan pada peringkat yang sama.

Alasan-alasan ini dan lain-lain alasan membuktikan tanpa syak lagi bahawa perlu wujudnya sebuah harakah Islamiyyah ‘Alamiyyah yang mempunyai peringkat persediaan yang sama dalam pertembungan dengan musuh Islam dan segi pemikiran, organisasi, perencanaan dan persediaan.

Ke Arah Kesatuan Gerakan Islam: Ustaz Fathi Yakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan