Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

22 April 2010

Peranan Negara-negara Barat Dalam Menghancurkan Khilafah

Yahudi juga meminta bantuan Britain untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. Setelah Abdul Hamid II digulingkan pada 13 Mac 1909 maka perjalanan memudahkan penubuhan negara Yahudi di Palestin bermula apatah lagi dengan adanya revolusi Arab yang menentang Othmaniah pada 10 Jun 1916. Pada 2 November 1917 Arthur J Balfour, Menteri Luar Britain dengan persetujuan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Wilson menjanjikan kepada bangsa Yahudi tanah Palestin sebagai negara mereka kelak. Pada tahun 1917 itu juga, Britain berperang dengan Khilafah Uthmaniyah untuk merampas wilayah Gaza di Palestin.

Janji Balfor di atas selari dengan kenyataan pemimpin komunis Rusia, Lenin, sebulan sebelumnya (minggu pertama Oktober) iaitu ketika dia berhasil meruntuhkan (pemerintah) kekaisaran Russia ketika dia berkata: “Wahai Yahudi, sesungguhnya kemenangan kita sudah semakin hampir. Pada hari ini kita telah memegang kekuasaan dunia dengan menguasai Russia. Sebelum ini, Russia adalah tuan kami dan sekarang mereka menjadi hamba kami.” (Dr Abdullah Azzam, Hamas, 14). Maka bermulalah penghijrahan Yahudi ke Palestin dengan pelbagai kemudahan yang disediakan Eropah, Russia dan Amerika.

Britain dan Perancis sejak lama lagi mahu menghancurkan Daulah Islam Uthmaniah, tetapi istilah ‘Jihad’ masih lagi cukup bertenaga untuk membuatkan seluruh Eropah menggeletar. Eropah masih gerun terhadap ‘Orang Sakit Eropah’ (Daulah Islam Uthmaniah). Contohnya, Perancis pernah merancang mengadakan pementasan drama teater yang diambil dari hasil karya Voltaire (seorang pemikir Eropah) yang menghina Rasulullah SAW. Drama itu bertajuk “Muhammad atau Kefanatikan” dan disamping mencaci Rasulullah SAW, ia juga menghina Zaid dan Zainab. Sebaik sahaja mengetahui berita pementasan itu, Abdul Hamid memberi amaran kepada pemerintah Perancis melalui dutanya di Paris supaya memberhentikan pementasan drama itu dan mengingatkan akan kesan politik yang bakal dihadapi oleh Perancis jika ia meneruskan pementasan itu. Perancis dengan serta merta membatalkannya. Kumpulan teater itu datang ke England untuk merancang melakukan pementasan yang serupa dan sekali lagi Abdul Hamid memberi amaran kepada England. England menolak amaran itu dengan alasan tiket-tiket telah pun dijual dan pembatalan drama itu adalah bertentangan dengan prinsip kebebasan (freedom) rakyatnya. Perwakilan Uthmaniyah di England mengatakan kepada England bahawa walau pun Perancis mengamalkan ‘kebebasan’ tetapi mereka telah mengharamkan pementasan drama itu. England juga menegaskan bahawa kebebasan yang dinikmati oleh rakyatnya adalah jauh lebih baik dari apa yang dinikmati oleh Perancis. Setelah mendengar jawapan itu, Abdul Hamid sekali lagi memberi amaran, ” Saya akan mengeluarkan perintah kepada umat Islam dengan mengisytiharkan bahawa England sedang menyerang dan menghina Rasulullah kami! Saya akan isytiharkan Jihad al-Akbar (Jihad yang besar).”

Britain dengan serta merta melupakan dakwaannya mengamalkan “kebebasan bersuara” (freedom of speech) dan pementasan drama itu dibatalkan. Walau pun Khilafah Usmaniyah berada dalam keadaan tenat namun ia masih lagi dihormati di arena antarabangsa dan perkataan “jihad” menggerunkan kuasa-kuasa besar Barat. Abdul Hamid masih mampu campurtangan untuk melindungi kepentingan umat Islam dalam urusan global. (Buletin Khilafah, Edisi 15, 23 Jun 1989, England & Ar-Raya, Jilid 3, Isu 4, Zul Qada’a April 1994). Kehebatan Abdul Hamid diakui sendiri oleh pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja Jerman) yang mengatakan, ” Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan beta mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang paling kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan dengan Abdul Hamid, beta merasa gerun.”

Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898. Seorang penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana sultan mempunyai ‘peculiarly electric quality’ disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316, Constantinople)

Walaupun Turki pada masa sedang tenat, tetapi kehebatan Abdul Hamid diakui sendiri oleh pemerintah Eropah seperti Kaiser Wilhelm II (Raja Jerman) yang mengatakan, ” Beta telah menemui ramai raja dan pemerintah sepanjang kehidupan beta dan beta mendapati mereka semua lemah jika dibandingkan dengan beta atau yang paling kuat sekali pun adalah setanding dengan beta tetapi bila berhadapan dengan Abdul Hamid, beta merasa gerun.” Kaiser Wilhelm II pernah mengunjungi Abdul Hameed dalam tahun 1898.

Seorang penulis Amerika, Anna Bowman Dodds, menggambarkan bahawa suasana pertemuan di istana sultan mempunyai ‘peculiarly electric quality’ disebabkan daya tarikan (magnetism) Sultan yang berpakaian ringkas dan berjambang hitam. (h. 316, Constantinople)

Walau bagaimana pun atas pengaruh Yahudi, Britain berusaha untuk mengadakan persidangan untuk menyiasat masalah rantau Balkan, Khilafah Uthmaniyah dan reformasi-reformasi dalam Khilafah. Pada 13 Jun 1878, persidangan Berlin diadakan yang diaturkan oleh kuasa-kuasa besar iaitu Britain, Perancis, Rusia dan Jerman. Disraeli (bangsa Yahudi) adalah Perdana Menteri Britain pada masa itu dan dia mewakili Britain di persidangan itu. Bismark mewakili Jerman dan menyokong Khilafah Uthmaniyah dengan menentang Britain di sepanjang persidangan. Persidangan itu berjalan selama 4 minggu dan di akhir persidangan, beberapa resolusi dibentangkan dan di antaranya adalah mendesak Khilafah Uthmaniyah untuk memperkenalkan reformasi-reformasi ‘moden’ ke atas sistemnya tetapi Sultan Abdul Hameed menolaknya dan menumpukan usahanya terhadap memperkukuhkan tenteranya untuk menghadapi Barat.

Beliau mengenepikan mereka yang melaungkan pergantungan terhadap negara-negara Barat dan yang melaungkan supaya diketepikan Islam dan dilaksanakan sistem Barat. Maka, golongan sekular terpaksa meninggalkan Khilafah dan mewujudkan markaz mereka di Paris, Perancis dan Geneva, Switzerland.

Negara-negara Barat juga telah mengapikan dan membantu perjuangan penduduk Kristian di rantau Balkan supaya ‘memerdekakan’ diri mereka dari Khilafah dan ini sudah tentu menggugat kesatuan Khilafah. Gerila-gerila yang memberontak terhadap Khilafah melancarkan taktif serangan provokatif terhadap penduduk Islam yang sengaja bertujuan untuk membuatkan Khilafah bertindak untuk mengekang pemberontak-pemberontak tersebut dan ini digunakan oleh negara-negara Barat untuk campur tangan.

Banyak bukti boleh dibentangkan untuk membuktikan campurtangan barat dalam mengapikan pemberontakan. Contohnya sebuah surat dari Dr. Hamlin, pengasas dan Presiden pertama Kolej Robert di Istanbul. Surat bertarikh 23 Disember 1893 dan diterbitkan dalam buletin ‘The Congregationalist of Boston (Amerika)’ menyebut : ” Seorang bangsa Armenia yang amat pintar dan fasih dan cekap berbahasa Inggeris sama seperti kebolehannya berbahasa Armenia. Beliau yang merupakan seorang yang kuat mempertahankan revolusi, memberi jaminan kepada saya bahawa mereka mempunyai harapan yang tinggi untuk mempersiapkan peluang bagi Rusia untuk memasuki Asia Kecil (Asia Minor) dan merampas rantau itu. Dalam jawapan balasnya kepada pertanyaan bagaimana perkara (campurtangan Rusia) boleh dilakukan, beliau berkata: ” Golongan Hintchakist yang telah diatur di kesemua bahagian Khilafah Uthmaniyah akan menunggu peluang untuk membunuh orang-orang Turki dan Kurd serta membakar perkampungan mereka.

Seterusnya mereka akan berlindung di pergunungan. Kemudian orang-orang Islam yang marah (dengan perbuatan tersebut) akan bangkit dan bertindak balas terhadap orang-orang Armenia yang tidak membuat apa-apa untuk mempertahankan diri dan akan membunuh mereka dengan kejam hingga Rusia yang kononnya bertindak atas nama kemanusiaan dan tamadun Kristian akan bertindakbalas terhadap Turki dan menceroboh Turki’. Apabila saya mengatakan kepada beliau bahawa rancangan ini adalah yang paling kejam yang boleh saya bayangkan, maka dia dengan tenang menjawab: ‘Ya ia memang kelihatan begitu (kejam) kepada kamu tetapi orang-orang Armenia sudah membuat keputusan untuk membebaskan diri mereka .

Eropah sendiri berminat untuk membiarkan kekejaman berlaku di Bulgaria untuk membolehkan mereka campur tangan membebaskan Bulgaria. Tanpa ragu lagi Eropah akan mendengar rayuan kami yang merupakan tangisan dan darah berjuta-juta wanita dan kanak-kanak.”

Bangsa Armenia telah mendirikan parti Hunchak dalam tahun 1887 di Geneva, Switzerland. Ia merupakan parti Marxis komunis dan terpengaruh dengan Rusia. Di Istanbul, ia merekruit sejumalah 700 orang anggota khasnya di kalangan orang-orang Armenia yang bekerja dengan syarikat-syarikat asing. Dalam tahun 1890, sebuah lagi parti revolusi Armenia didirikan di Tiflis yang dikenali sebagai Dashnak. Kedua-dua parti itu telah membunuh beberapa orang Armenia yang bertugas dengan Khilafah. Pada hari Ahad, 27 Julai 1890, suatu kekecohan berlaku di luar ‘patriarchate’ Armenia di Kumkapi. Sebuah kumpulan revolusi Hunchak yang kebanyakannya datang dari Caucasus telah mengepung sebuah gereja, mengganggu Patriach dan membaca manifesto penentangan mereka terhadap Khalifah. Pembunuhan berlaku selepas itu dan ia merupakan serangan pertama terhadap umat Islam yang dilakukan oleh orang-orang Kristian di Istanbul sejak tahun 1453. Sesetengah orang Armenia memang mengharapkan supaya berlaku pembunuhan untuk membolehkan negara-negara barat campur tangan. Pada 25 Mac 1894, Patriarch sekali lagi dicederakan oleh sekumpulan pengganas muda Armenia di Kumkapi. Pada 18 September 1895, selepas persiapan yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya oleh jawatankuasa revolusi Hunchak, sejumlah 2,000 orang Armenia, yang bersenjatakan pisau dan pistol, berarak dari Kumkapi menuju ke istana sambil melaungkan ‘kebebasan atau kematian!’ dan mereka menyanyikan lagu-lagu revolusi. Partriarch dipaksa mengikut perarakan itu. Mereka juga menuntut negara-negara barat campurtangan untuk membantu mereka.

Sebelum itu pada 10 September 1895, sekumpulan orang Armenia telah menyerang bangsa Greek di Ortakoy. Beberapa pembunuhan berlaku di bahagian timur. Ini digunakan oleh negara-negara Barat untuk campurtangan. Duta-duta negara barat menghantar memorandum bantahan kepada Khalifah.

Pada 26 Ogos 1896, kekejaman berlaku lagi di Istanbul. Anggota-anggota revolusi Armenia dari parti Dashnak melancarkan satu siri serangan bom yang telah dirancang dengan rapi di seluruh kota Istanbul khasnya di Galata dan Samatya. Kejadian paling dramatik berlaku pada pukul 1 petang. 25 orang Armenia yang menyamar sebagai ‘porter’ merampas salah satu markaz kuasa di Istanbul iaitu pejabat utama Bank Uthmaniyah di Galata. Ia dipilih oleh orang Armenia kerana binaannya yang teguh akan membolehkan mereka menangkis sebarang kepungan dan kedudukannya sebagai pejabat kewangan akan mempastikan mereka mendapat publisiti meluas di Eropah. Setelah membunuh dua orang pekerja dan mengambil 150 orang pekerja dan pelanggan sebagai tebusan, mereka mengancam akan meletupkan bank itu kecuali jika permintaan mereka untuk mendapatkan autonomi di bawah perlindungan Eropah akan dipenuhi.

Edgar Vincent, gabenor bank itu berjaya melepaskan diri dari pejabatnya yang terletak di tingkat atas melalui tingkap yang terletak di bumbung bangunan. Selepas berlaku perundingan yang lama, pengganas-pengganas itu dibenarkan meninggalkan Istanbul menggunakan kapal layar Vincent. Mereka kemudian menuju ke Marseilles dengan sebuah bot kedutaan Perancis dan kemudian dilepaskan.

Rusia juga inginkan minyak yang banyak terdapat di kawasan yang didiami oleh sejumlah besar penduduk Islam. Salah satu harapan terbaik Rusia untuk menangkis penguasaan Amerika ke atas minyak dunia ialah dengan menguasai wilayah Baku. Menjelang tahun 1884, seluruh wilayah Tajikistan (yang majoriti penduduknya adalah Muslim) telah dirampas oleh Rusia dan ini melengkapkan penaklukan Rusia ke atas kawasan Asia Tengah yang kebanyakan penduduknya adalah umat Islam dan ini membolehkannya terus memenuhi permintaan minyaknya sehingga dekad ini. Sebelum rangkaian paip minyak dibina dalam kurun ke20 ini, minyak sampai ke bandar-bandar di Levant, Iran dan Asia Tengah melalui karavan unta, kuda dan kapal. Menjelang 1903, wilayah Baku membekalkan separuh dari bekalan minyak dunia dan di sinilah syarikat Nobel Brothers Petroleum memodenkan prinsip penyulingan yang sebenarnya telah direka lebih awal dalam dunia Islam.

Britain telah memutuskan untuk mengunakan polisi luarnya yang terpenting, “Pecah dan Perintah” (Divide and Rule). Ia mengapikan semangat nasionalisme dengan menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda. Apabila Turki Muda dan Arab Muda menjadi kuat di dalam Daulah Islam Uthmaniah, Britain tidak perlu berbuat apa-apa lagi, Turki Muda akan melakukan seterusnya. Mereka memulakan arus kebangsaan dan prasangka di kalangan warga Turki di dalam Daulah Islamiah. Sebagai tindakbalasnya bangsa Arab, Armenia, Kurd dan bangsa-bangsa lain membina jenama kebangsaan mereka sendiri. Masyarakat mula merasai bahawa mereka adalah sebahagian daripada bangsa mereka dan bukan sebahagian daripada warga Negara Islam. Contohnya ,seorang bangsa Inggeris dalam tahun 1880 mengatakan tentang kenyataan seorang bangsa Arab yang mengatakan, ‘sikap tidak puas hati terdapat di kalangan orang-orang Arab di semua wilayah Khilafah Utsmaniyah. Beliau mengisytiharkan bahawa mereka bersedia untuk membebaskan diri mereka jika mereka mendapat bantuan daripada England… semua orang Islam yang tulen menganggap Sharif Makkah (agen Britain) sebagai pemimpin mereka.’ (h. 324, Constantinople) Ini merupakan detik-detik berakhirnya Negara Islam.

Lieutenant-Jeneral Sir John Glubb yang juga digelar ‘Glubb Pasha’ yang memimpin ‘Arab Legion’ dari tahun 1938 hingga 1956 sendiri mengakui peranan nasionalisme dalam menghancurkan Khilafah. Dalam bukunya “The Changing Scenes of Life-An Autobiography: Sir John Glubb’, terbitan Quartet Books, halaman 54, beliau mengatakan, “Nationalisme adalah satu kecelakaan yang dibawa masuk dari Eropah. Khilafah Utsmaniyah telah memerintah berbagai bangsa selama beberapa kurun lamanya tanpa berat sebelah (kepada mana-mana bangsa). Kaum-kaum di Euphrates (Iraq) tidak mempunyai sentimen nasionalisme - bangsa Turki atau Arab semuanya pada pandangan mereka.”

Negara-negara Barat membuat perancangan yang rapi untuk memusnahkan Khilafah. Sebagai contohnya dalam telegram yang dihantar oleh duta Rusia di London kepada menteri luar negeri Rusia dalam tahun 1915 berbunyi, ” Pemerintah Itali menyokong pendapat pemerintah Rusia tentang pentingnya memisahkan pemerintahan Islam yang akan diwujudkan di Hijaz (Arab Saudi pada hari ini) dari Khilafah dan meletakkannya di bawah penguasaan mutlak Britain. Pemerintah Itali menyokong penuh usaha untuk merampas Khilafah dari orang-orang Turki dan menghapuskannya jika perlu.”

Dalam Perang Dunia Pertama, Negara-negara Arab berpakat dengan British dan Perancis menentang Daulah Islam Uthmaniah. Mereka kemudiannya dikhianati oleh Britain dan Perancis dan kemudiannya ditakluki.

Negara-negara Barat juga meracuni pemikiran umat Islam supaya memberontak terhadap Khilafah dan menimbulkan keraguan tentang keupayaan (potensi) Islam dalam menangani berbagai masalah. Di antara pemikir-pemikir yang berjaya mereka racuni ialah Ziya Gokalp (1875-1924) iaitu seorang pemikir Turki. Bapa saudaranya banyak mendidik beliau dalam berbagai bahasa iaitu Turki, Arab dan Farsi disamping mengajarnya ilmu-ilmu yang lain. Di sepanjang kehidupan beliau, beliau cuba menanamkan di kalangan umat Islam tentang apa yang dianggap beliau kegagalan Islam dalam menyelesaikan masalah umat Islam dan beliau merasakan dengan meniru Barat sahajalah umat Islam dapat keluar dari masalah tersebut. Oleh kerana beliau dirasakan sebagai ancaman kepada umat Islam, beliau telah di ‘arraigned’ dalam tahun 1897 dan kemudian dibuang ke tempat asalnya di Diyarbakir.

Menjelang tahun 1908, beliau diiktiraf sebagai seorang penulis liberal yang pro-Barat dan menjadi pensyarah di kampungnya. Beliau menetap di Istanbul dari tahun 1912 hingga 1919. Ketika tempoh ini, beliau muncul sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan nasionaslime Turki yang menggunakan pendekatan Barat. Bapa sekular Turki, Mustafa Kamal kemudian melibatkan beliau dengan pergerakan nasionalisnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan