Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

21 April 2010

Az-Zahra, Sebuah Kota Di Andalus

Zahra selalunya dikaitkan dengan nama Al-Zahrawi, seorang pakar bedah islam yang mencipta ‘forcep’(alat pembedahan ketika bersalin) dan ‘catgut’ (juga alat yang digunakan ketika pembedahan).

Namun, kepentingan kota ini ialah pada keindahan dan keagungan yang disinarkan olehnya walaupun untuk sebentar. Artikel ini bertujuan untuk menarik minat pembaca untuk menyumbang lebih banyak bahan tentang kota ini yang hanya mempunyai sedikit maklumat mengenainya. Al-Zahra dibuka oleh “an-Nasir lidin-Allah”, Abdur Rahman III yang memerintah kota Cordoba dari 921-961M.

Bermula dari 936, kota ini dibangunkan dengan perlahan, kebanyakannya dilakukan oleh al-Hakem II (961M – 946M) menjadi sebuah kompleks segiempat sebesar kira-kira 875 ela x 1230 ela yang menempatkan bahagian penempatan dan pentadbiran di dalam lingkukan tembok yang kukuh.

Kota ini mencerminkan sebuah perpaduan perbandaran yang diasaskan oleh benteng yang kukuh dan hireraki yang tersusun dan berfungsi lalu menggambarkan keadaan sosio-ekonomi dan politik komunitinya.

Kawasan kota diatur dalam teres-teres mengarah ke lembah Wadi al Kabir “Guadalquivir” dan menempatkan taman-taman, kolam-kolam air, arked-arked, dewan-dewan dan komplesk perumahan.

Teres Utara, terletak paling tinggi menempatkan istana Khalifah yang dipanggil ‘Darul Mulk’ menguasai suasana dan lembah dibawahnya yang ditelusuri sungai-sungai. Kemegahan istana ini menyerlah sehingga ke seluruh Andalusia dan Eropah. Teres Tengah, menempatkan bangunan-bangunan pentadbiran dan istana-istana untuk dif-dif kehormat dari Negara luar dan tetamu-tetamu Khalifah. Bangunan yang terpenting ialah kediaman Perdana Menteri Jaafar al-Mushafi yang menjawat jawatan dari tahun 961M dan dua pusat konvensyen awam; Darul Wuzara “The House of Viziers” dan satu lagi ialah ke selatan, Dewan Utama Khalifah.

Masjid yang dibina di Teres Tengah mencipta rekod dengan binaan selama 48 hari oleh 1000 tukang (Hattstein & Delius, 2000). Kawasan-kawasan lain di kota ini, Teres Bawah, dikhaskan untuk tentera awam dan berkuda dan juga untuk penduduk awam. Kawasan masih belum dikorek sepenuhnya. Al-Zahra menjadi terkenal kerana ketamadunannya yang mendahului zamannya, gaya dan protokolnya ditambah pula dengan dinding-dinding yang dihiasi indah, lantai dan siling bangunan-bangunannya yang ditergambar dalam sekurang-kurangya dua dokumentari sebelum ini.

Ketibaan King Ordono IV dari Leon disambut gah pada 962M. Rekod-rekod sejarah menggambarkan acara ini dan apa yang berlaku pada Raja Kristian itu. Baginda tiba di pintu masuk utama di sebelah Teres Utara berhampitan dengan serambi anjung yang luas. Baginda disambut dengan istiadat diraja lemgkap dengan barisan-barisan tentera dangan seragam perarakan di barisi kerusi-kerusi batu yang menghiasi benteng jalan yang berbukit. Perarakan terus ke arah Darul Wuzara dimana King Ordono dibawa untuk berehat.

Kemudian, baginda dibawa pula berjalan kaki ke Dewan Utama Khalifah dimana Khalifah telah menunggu ketibaanya. Di akhir sambutan, King Ordono kembali ke Darul Wuzara sebelum pulang ke Leon. Sambutan hebat yang kedua dianjurkan oleh Abdul Rahman III untuk Johannes von Gorze, seorang duta paderi dari Maharaja Otto I (962-973M).

Keterangan-keterangan yang direkodkan oleh sejarawan islam begitu banyak, tetapi cukuplah ia digambarkan dalam sajak Ibnu Zaidun (1003M-1070M), terutamanya rangkap berikut: “I have recalled you with longing in al-Zahra, Between limpid horizon and sweet face of earth whilst the breeze languished at sunset, almost diseased with pity for me.”

Kota yang indah ini dimusnahkan dalam peperangan saudara pada 1010M, yang akhirnya menyebabkan kemunculan Kerajaan Taifa. Kemusnahan Madinatul Zahra dan kehilangan dokumen-dokumen membuatkan kerja-kerja menilai sumbangannya pada kaum Muslimin dan Eropah sangat sukar. Namun, ada pendapat yang mengatakan hubungannya dengan Eropah kepada tersebarnya senibina “ladam kuda” (Horseshoe Arch) disamping dari Masjid Cordoba dan juga tersebarnya protocol-protokol istana dan aturan-aturan sambutan diraja. Kesan keseluruhan kota Madinatul Zahra masih memerlukan usaha dari pengkaji-pengkaji sejarah terutamanya ilmuan-ilmuan islam sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan