Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

24 Mac 2010

Wasiat Pertama Hassan Al Banna

Imam Syahid Hassan Al-Banna menasihatkan supaya muslim
bersegera menunaikan solat apabila beliau mengetahui waktu solat telah masuk dan tidak ada halangan syari’ yang membolehkan solat diakhirikan,pt halangan dalam bentuk darurat syari’. Muslim juga tidak seharusnya mendahulukan kerja-kerja lain dari solat.

IMG_0467

Solat didalam al-quran:

1. Solat merupakan sumber kejayaan.

“sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan
diri(dengan beriman). Dan dia ingat nama Tuhannya
lalu dia sembahyang” (S87 : 14–15)

2. Solat memelihara dari penyelewengan dan perlakuan
maksiat. Dalam hubungan ini Allah berfirman:

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan-
perbuatan keji dan mungkar”. (S29 :45)

3. Solat merupakan pertolongan yang paling besar bagi
orang yang melakukannya untuk memikul kesusahan dan
mampu mengatasi situasi situasi genting.

4. Solat merupakan alamat pertama, setelah taubat,
yang dapat melepaskan orang yang melakukannya
dari musibah menerima hukuman, sekalipun taubatnya
itu dari kufur kepada iman.

5. Solat adalah salah satu daripada perkara-perkara
yang menjamin kemenagan dan mendapat sokongan
Allah. Solat juga dapat menghapuskan kejahatan dan
kesalahan.

6. Solat merupakan hasil dari sifat istiqamah, iman dan
melaksanakan ajaran al-quran.

7. Solat merupakan matlamat suci bagi para nabi dan
rasul. Mereka memohon taufiq bagi diri mereka dan
pengikut-pengikut yang datang kemudian untuk melakukan
solat. Mereka juga saling memeperingati antara satu
sama lain tentang solat.

8. Apabila Allah menyebutkan solat di samping ibadat
ibadat lain dalam alquran, Allah akan mendahulukan
menyebut solat kecualilah ibadat yang disebut
bersama-sama solatiut lebih istimewa kedudukannya dari
solat sama ada kerana kewujudannya lebih dahulu dari
solat seperti iman dan taubat atau kerana ibadat itu
lebih umum pengertiannya dari solat spt Allah mendahulu-
kan sabar dari solat.

9. Oleh kerana kedudukan solat yang tinggi ini, kita lihat
nas-nas al-Quran yang memerintahkan supaya solat
ditunaikan dan dijaga sesempurnanya, yakni sempurna
dengan syarat, rukun, sunat-sunat, khusyu’ dan
melakukannya dengan tetap. Sekiranya solat dilaksana-
kan dalam keadaan yang sempurna spt ini ia akan
melahirkan natijah dan dapat mencapai apa yang
diharapkan darinya. Tetapi sekiranya solat di-
lakukan dalam bentuknya yang zahir sahaja, ia tidak
akan membuahkan sebarang hasil dan akan dikembalikan
kepada orang yang melakukannya(yakni tidak diterima)

10. Untuk lebih menekankan kehormatan solat, Allah telah
mensyariatkan penunaian solat di medan perang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan