Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

04 Mac 2010

Sejarah Ringkas Teori Evolusi

Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan ide evolusi ini. Jika kita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati bahawa ide evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah pagan yang tidak beragama.

Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden. Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah; dan ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-Nya. Ahli-ahli falak (astronomer) seperti Leonardo da Vinci, Copernicus, Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dirujuk sebagai "seorang saintis terhebat pernah hidup", mereka semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil daripada ciptaanNya.

Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang terpintar pada zaman kita, merupakan di antara saintis warak yang mempercayai Allah dan menyatakan seperti berikut; "Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan melalui sebuah gambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah pincang".

Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik Jerman Max Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains secara serius, adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu sebuah kuil sains, iaitu; "Berimanlah". Iman adalah sifat utama seorang saintis.

Teori evolusi adalah hasil daripada falsafah materialis yang dibayangi oleh falsafah-falsafah materialistik purba dan mula tersebar dengan meluasnya pada kurun ke-19. Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, materialisme mencari penjelasan semulajadi melalui faktor-faktor material sepenuhnya. Memandangkan ia telah menolak ciptaan (Allah) sejak awal lagi, maka ia mendakwa bahawa setiap benda, samada yang hidup atau tidak, telah muncul tanpa suatu gerakan daripada ciptaan tetapi hanyalah hasil daripada sebuah kebetulan yang kemudiannya tersusun mengikut keadaan. Minda manusia bagaimanapun, adalah amat teratur untuk memahami kewujudan suatu kehendak yang tersusun apabila ia mendapat arahan. Falsafah materialistik, yang bertentangan dengan kriteria asas pemikiran manusia ini telah menghasilkan "teori evolusi" pada pertengahan abad ke 19.


Khayalan Darwin Darwin's Imagination

Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin.

Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama, H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun. Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. Dengan meletakkan ide ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran". Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.

Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu. Ide tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya. (Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.

Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species, By Means of Natural Selection" pada tahun 1859.

Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai. Seorang ahli fizik Amerika, Lipson membuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran Darwin ini:Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin.

Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama, H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun. Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. Dengan meletakkan ide ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran". Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.

Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu. Ide tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya. (Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.

Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species, By Means of Natural Selection" pada tahun 1859.

Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai. Seorang ahli fizik Amerika, Lipson membuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran Darwin ini:


Charles Darwin

Ketika membaca The Origin of Species, saya mendapati Darwin sendiri tidak yakin dengan apa yang dikatakannya seperti yang sering ditonjolkannya; sebuah bab bertajuk "Difficulities of the Theory" sebagai contoh, menunjukkan keraguan yang nyata. Sebagai seorang ahli fizik, saya amat hairan dengan komentar beliau tentang bagaimana mata diterbitkan.

Ketika memajukan teori beliau, Darwin merasa kagum dengan ramai ahli biologi evolusionis yang menyokong beliau, terutamanya oleh seorang ahli biologi Perancis, Lamarck. menurut Lamarck, makhluk-makhluk hidup memindahkan sifat-sifat yang mereka terima sepanjang hidup mereka dari satu generasi kepada generasi berikutnya dan dengan demikian ia berubah. Sebagai contoh, zirafah telah berubah daripada rusa dengan memanjangkan lehernya sedikit demi sedikit dari satu generasi ke satu generasi ketika mereka cuba mencapai dahan-dahan yang lebih tinggi untuk mendapatkan makanan. Darwin telah menggunakan tesis "memindahkan sifat-sifat yang diperolehi" yang dikeluarkan oleh Lamarck sebagai suatu faktor yang menyebabkan benda hidup berubah.

Tetapi, kedua-dua mereka, Darwin dan Lamarck telah melakukan kesilapan kerana pada masa tersebut, hidupan hanya dapat dikaji dengan teknologi yang amat primitif dan pada peringkat yang amat tidak mencukupi. Lapangan sains seperti genetik dan biokimia belum wujud walau hanya pada nama. Teori-teori mereka ini hanya bergantung penuh kepada keupayaan imaginasi mereka semata-mata.

Ketika gegak buku Darwin ini telah bergema, seorang ahli botani Austria, Gregor Mendel telah menemui undang-undang pewarisan pada tahun 1865. Tidak banyak yang dapat diketahui sehinggalah pada penghujung abad tersebut, penemuan Mendel telah mendapat kepentingan yang besar pada awal 1900an. Ia merupakan kelahiran kepada ilmu sains genetik. Tidak berapa lama kemudian, struktur gen dan kromosom telah ditemui. Penemuan molekul DNA pada tahun 1950an yang mengandungi maklumat-maklumat genetik, telah meletakkan teori evolusi di dalam krisis hebat. Ianya disebabkan oleh kekompleksitian hidupan yang mengagumkan di samping ketiadaan mekanisme-mekanisme evolusi yang dikemukakan oleh Darwin.

Kemajuan-kemajuan ini sepatutnya telah menyebabkan teori Darwin dibakulsampahkan daripada sejarah. Bagaimanapun, ia tidak berlaku, kerana terdapat beberapa golongan tertentu yang cuba menyemak semula, memperbaharui dan mengangkat teori ini ke platform sains. Keadaan ini hanya dapat difahami sekiranya kita menyedari bahawa di sebalik teori ini terdapat kepentingan ideologi yang lebih daripada sains.

Rasisme Darwin

Satu di antara aspek Darwin yang paling penting ialah fahaman rasnya (rasisme); Darwin menganggap bangsa kulit putih Eropah adalah ‘lebih maju' daripada bangsa-bangsa manusia lain. Apabila Darwin menganggarkan manusia telah berubah daripada makhluk beruk, dia menduga bahawa sesetengah bangsa telah berkembang lebih maju daripada yang lain dan sesetengah bangsa lain pula masih memiliki sifat-sifat monyet. Di dalam bukunya, The Descent of Man, yang telah diterbitkan selepas buku The Origin of the Species, beliau telah memberikan komentar berkenaan "perbezaan yang ketara di antara manusia dari bangsa yang berbagai"1 Di dalam bukunya, Darwin beranggapan bangsa kulit hitam dan Australian Aborigines sebagai kesinambungan kepada gorila dan kemudian disimpulkan bahawa ini semua boleh berlaku dengan "civilised races" (mentamadunkan bangsa-bangsa) mengikut masa. Beliau berkata:

"Di suatu jangka masa akan datang, tidak terlalu jauh seperti diukur dengan abad-abad, pertamadunan bangsa-bangsa manusia ini akan menghapuskan dan menggantikan tempat bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk-beruk yang menyerupai manusia (anthropomorphous apes)... pasti akan terhapus. Perbezaan di antara manusia pada peringkat yang lebih bertamadun ini, seperti yang kita harapkan, sehinggakan Caucasian* dan beberapa beruk rendah seperti babun, seumpama perbezaan di antara bangsa Negro atau Australian dan gorila".2

Idea gila Darwin ini tidak hanya sebuah teori, tetapi juga telah berada pada satu kedudukan yang menghasilkan "landasan saintifik" yang paling penting untuk rasisme. Dengan beranggapan bahawa hidupan ini berubah dalam usaha untuk hidup, Darwinisme telah mengadaptasikannya ke dalam sains sosial, dan ia menjadi sebuah konsep yang dikenali sebagai "Darwinisme Sosial" (Social Darwinism).

Darwinisme sosial mendakwa bahawa kemunculan ras manusia dapat dikesan pada pusingan "tangga-tangga evolusi"

1 Benjamin Farrington, What Darwin Really Said. London: Sphere Books, 1971, pp. 54-56
2 Charles Darwin, The Descent of Man, 2nd ed., New York: A.L. Burt Co., 1874, p. 178
* Caucasian – Sekumpulan manusia orang asli (native) yang tinggal di kawasan Caucacus.


Usaha Nekad Neo-Darwinisme

Teori Darwin telah menghadapi krisis yang hebat disebabkan oleh undang-undang genetik yang telah ditemui pada awal suku kurun ke 20. Namun begitu, sekumpulan saintis yang setia dengan Darwin telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaiannya. Mereka telah berkumpul di dalam sebuah perjumpaan yang dikendalikan oleh Persatuan Geologi Amerika pada tahun 1941. para ahli geologi seperti G. Ledyard Stebbins dan Theodosius Dobzhansky, ahli zoologi seperti Ernst Mayr dan Julian Huxley, ahli paleontologi seperti George Gaylord dan Glenn L. Jepsen, dan ahli matematik genetik seperti Ronald Fisher dan Sewall Right, selepas perbincangan yang panjang lebar, akhirnya mereka telah bersetuju untuk "memperbaiki" Darwinisme.

Kumpulan ini menumpukan kepada persoalan asal usul variasi maju yang sepatutnya menyebabkan organisma-organisma hidup berubah - ia merupakan sebuah isu yang Darwin sendiri tidak dapat menjelaskannya tetapi hanya dapat berdalih dengan bergantung kepada Lamarck. Ide terbaru kini ialah "mutasi rawak" (random mutations). Mereka menamakan teori baru ini sebagai "The Modern Synthetic Evolution Theory", yang dirumuskan dengan mencampurkan konsep mutasi kepada tesis pilihan semulajadi Darwin. Dalam masa yang singkat sahaja, teori ini telah dikenali sebagai "neo-Darwinisme" dan mereka yang menghasilkan teori ini digelar sebagai "neo-Darwinis".

Dekad berikutnya telah menjadi era percubaan-percubaan untuk membuktikan neo-Darwinisme ini. Telah diketahui bahawa mutasi - atau "kemalangan" yang berlaku di dalam gen organisma-organisma hidup sering menyebabkan kerosakan. Neo-Darwinis cuba mengemukakan satu keadaan "mutasi maju" dengan menjalankan beratus-ratus ekperimen mutasi. Tetapi, semua percubaan mereka berakhir dengan kegagalan.

Mereka juga telah cuba membuktikan bahawa organisma hidup yang pertama telah terbentuk secara tidak sengaja di bawah keadaan bumi primitif seperti yang dijelaskan oleh teori ini. Tetapi malangnya kegagalan yang sama telah menimpa eksperimen-eksperimen ini. Setiap eksperimen yang dilakukan untuk membuktikan bahawa hidupan telah terbentuk secara kebetulan telah mengalami kegagalan. Perkiraan kebarangkalian telah membuktikan bahawa tidak sebuah protein pun, yang menjadi blok binaan hidupan, dapat wujud secara kebetulan. Dan sebuah sel, yang sepatutnya terbentuk secara kebetulan di bawah keadaan muka bumi yang primitif dan tidak terkawal seperti yang didakwa oleh evolusi, tidak akan dapat disintesiskan walau oleh makmal-makmal abad ke-20 yang paling canggih sekali pun.

Teori Neo-Darwinis juga telah disanggah oleh rekod fosil. Ketiadaan "formasi peralihan" (transitional form), yang sepatutnya membuktikan evolusi beransur-ansur organisma hidup daripada primitif kepada spesies yang maju seperti yang didakwa oleh Neo-Darwinis, sehingga kini ia masih belum pernah ditemui di mana-mana tempat di dunia. Pada masa yang sama, perbandingan anatomi telah mendedahkan bahawa spesies yang dikatakan berkembang daripada spesies yang lain di dapati mempunyai sifat-sifat anatomi yang amat berbeza dan ia menjadikannya mustahil untuk ia menjadi moyang atau keturunan kepada yang lain.

Tetapi memandangkan Neo-Darwinis sendiri bukan sebuah teori yang saintifik, tetapi hanya sebuah dogma ideologi, kalau tidak dikatakan sebagai sejenis "agama". Kerana itulah, pelopor teori ini masih terus mempertahankannya dengan menolak semua bukti yang bersalahan dengan teori ini. Satu perkara yang mereka tidak sepakat padanya ialah model-model berbeza manakah yang sepatutnya merealisasikan evolusi adalah yang paling "tepat". Di antara model yang paling penting ialah sebuah senario yang menarik yang dikenali sebagai "punctuated equilibrium".

Kajian secara terperinci terhadap sel hanya dapat dilakukan selepas penemuan mikroskop elektronik. Ketika zaman Darwin, dengan menggunakan mikroskop yang primitif, hanya permukaan luar sel sahaja yang dapat melihat.

TAHAP SAINS DAN TEKNOLOGI YANG
PRIMITIF PADA ZAMAN DARWIN

Apabila Darwin mengemukakan dakwaan-dakwaannya, disiplin genetik, mikrobiologi dan biokimia masih belum wujud. Sekiranya ini semua telah ditemui sebelum Darwin mengemukakan teori ini, pasti Darwin dengan mudah menyedari bahawa teorinya sama sekali tidak saintifik dan dia tidak akan berhasrat untuk memajukan pandangan yang tidak berguna ini. Maklumat ini telah membuktikan suatu spesies telah pun wujud di dalam gen dan adalah mustahil untuk pilihan semulajadi menghasilkan spesies yang baru melalui perubahan di dalam gen.

Tambahan pula, dunia sains pada waktu tersebut mempunyai pengetahuan yang amat cetek dan kasar (asas) tentang struktur dan fungsi-fungsi sel. Sekiranya Darwin mendapat peluang untuk melihat sel tersebut dengan menggunakan sebuah mikroskop elektronik, dia akan dapat menyaksikan kekompeksitian yang hebat dan struktur yang luar biasa di dalam organelle (sebuah struktur di dalam sel) sebuah sel. Dia akan dapat memerhatikan dengan matanya sendiri bahawa adalah mustahil untuk sebuah sistem yang rumit dan kompleks terhasil melalui variasi (perbezaan) yang kecil. Sekiranya beliau mengetahui tentang bio-matematik, dia akan mengedari bahawa tidak sebuah molekul protein pun dapat dihasilkan melalui proses perubahan.


Percubaan dan Kesilapan: Punctuated Equilibrium

Kebanyakan santis yang mempercayai teori evolusi menerima teori neo-Darwinis tentang evolusi perlahan dan beransur-ansur. Bagaimana pun, di dalam beberapa dekad terakhir ini, sebuah model yang berbeza telah diutarakan. Ia digelar "Punctuated Equilibrium". Model ini menolak ide neo-Darwinis tentang sebuah kumulatif, evolusi beransur-ansur, dan berpegang bahawa evolusi telah berlaku di dalam satu "lompatan' yang besar dan tidak berterusan.

Laungan pertama yang kedengaran untuk mempertahankan fahaman ini telah muncul pada awal 1970-an. Dua orang paleontologi Amerika, Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould, telah menyedari bahawa teori neo-Darwinis ini sebenarnya telah disanggah oleh rekod-rekod fosil. Fosil-fosil telah membuktikan bahawa organisma-organisma hidup tidak terbentuk melalui evolusi beransur-ansur, tetapi sebaliknya muncul secara mendadak (bukan beransur-ansur) dan di dalam bentuk yang sempurna. Neo-Darwinis terus hidup dengan harapan formasi perantaraan yang hilang akan dapat ditemui suatu hari nanti. Walau pun, mengetahui bahawa harapan ini tidak mungkin tercapai, Eldredge dan Gould tidak dapat meninggalkan dogma teori mereka, oleh itu mereka telah mengemukakan sebuah teori; Punctuated Equilibrium. Ia mendakwa bahawa evolusi tidak berlaku melalui perbezaan-perbezaan kecil tetapi melalui perubahan yang mengejut dan besar.

Model ini tidak lebih daripada sebuah model fantasi. Sebagai contoh, seorang ahli paleontologi Eropah, O.H Shindewolf, yang membimbing Eldredge dan Gould, mendakwa bahawa burung pertama telah terhasil daripada sebiji telur reptilia, sebagai hasil sebuah "mutasi kasar" (gross mutation), iaitu hasil daripada "kemalangan" yang berlaku di dalam struktur genetik .Menurut teori yang sama ini, beberapa makhluk darat telah berubah menjadi ikan paus raksasa setelah mengalami transformasi yang mengejut dan menyeluruh. Dakwaan-dakwaan yang bersalahan sama sekali dengan undang-undang genetik, biofizik dan biokimia ini, tidak ubah seperti dongengan tentang katak yang berubah menjadi seorang putera! Walau pun, tertekan dengan krisis yang telah dihadapi oleh dakwaan neo-Darwinis ini, beberapa orang saintis paleontologi telah menerima teori ini, yang lebih pelik daripada neo-Darwinisme sendiri.


Stephen Jay Gould

Tujuan model ini ialah untuk mendapatkan penjelasan terhadap jurang-jurang di dalam rekod fosil yang tidak dapat dijelaskan oleh model neo-Darwinis. Bagaimana pun, adalah sukar untuk cuba menjelaskan jurang rekod fosil pada evolusi burung dengan dakwaan bahawa "seekor burung keluar secara tiba-tiba daripada sebiji telur reptilia", kerana menurut pengakuan evolusionis sendiri, evolusi satu spesies kepada spesies yang lain memerlukan kepada perubahan besar yang maju di dalam maklumat genetik. Bagaimana pun, tidak terdapat satu mutasi yang dapat memajukan maklumat genetik ini atau menambah maklumat-maklumat baru kepadanya. Mutasi hanya akan menjadikan maklumat-maklumat gen kucar kacir. Oleh itu, "mutasi kasar" yang digambarkan oleh model "punctuated equilibrium" hanya akan menyebabkan kekotoran, kekurangan dan kelemahan pada maklumat genetik.

Tambahan pula, model "punctuated equilibrium" ini telah pun musnah pada peringkat awal lagi apabila ia gagal untuk menjelaskan persoalan asal usul hidupan, ia juga merupakan persoalan yang menyanggah model neo-darwinis sejak permulaannya lagi. Memandangkan tidak terdapat walau satu protein yang terbentuk secara kebetulan, maka perbahasan tentang samada organisma-organisma ini terhasil daripada bertrilion-trilion protein yang telah menempuhi evolusi yang "tepat" atau "beransur-ansur", adalah tidak munasabah.

Tanpa mempedulikan ini semua, model yang difikirkan apabila memperkatakan tentang isu "evolusi" hari ini ialah model neo-Darwinisme. Pada bab-bab berikutnya, kita akan mengkaji dua mekanisme khayalan model neo-Darwinis dan kemudian kita akan mengkaji pula dua rekod fosil untuk menguji model ini. Kemudian, kita akan memperkatakan tentang persoalan asal usul hidupan, yang akan membatalkan kedua-dua model neo-Darwinis ini dan semua model-model evolusionis yang lain seperti model "evolution by leaps" (evolusi dengan lompatan).


ribu saintis seluruh dunia, terutamanya di USA dan Eropah, menolak teori evolusi dan telah menerbitkan banyak buku-buku tentang kepalsuan teori ini. Di atas ini adalah sebahagian daripadanya.

Sebelum melakukannya, perlu diingatkan kepada para pembaca bahawa kenyataan yang akan kita hadapi pada setiap peringkat adalah bahawa senario evolusi adalah sebuah cerita dongeng, sebuah penipuan yang sama sekali jauh daripada dunia nyata. Ia adalah sebuah senario yang telah digunakan untuk menipu dunia selama 140 tahun. Terima kasih kepada penemuan-penemuan sains terkini, pertahanan berterusannya telah akhirnya menjadi mustahil.





pas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan