Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

20 April 2010

SEJARAH SEKULARISME DALAM KEHIDUPAN UMAT ISLAM

Sejarah dunia Islam sudah banyak yang terkubur dek masa yang sentiasa bergerak....
Sistem sekular telah mula-mula diperkenalkan oleh MUSTAFA KAMAL ATARTUK dimana yang dikatakan bahawa orang ini berketurunan YAHUDI yang menggunakan identiti ISLAM bagi memusnahkan umat ISLAM yang menguasai dunia pada zaman itu yakni EMPAYAR TURKI UTHMANIAH yang masih mengamalkan sistem ISLAM dalam pentadbiran pada pemerintahan khalifah pada masa itu...

Orang putih pada masa itu dikatakan pening kepala memikirkan cara-cara yang berpatutan bagi menjatuhkan empayar tersebut dan dalam otak PDIN mengatakan bahawa orang putih tersebut botok disebabkan terlalu memikirkan cara-cara menjatuhkan empayar tersebut...
Kamal nih telah mendapat latihan ketenteraan sejak dari kecil iaitu setelah dia baligh yaitu sejak dari umur 12.Pada umur ini dia telah memasuki Sekolah Tentera Salonika kemudian menyambung pengajiannya ke Akademi Tentera Monasitar dan menamatkan pengajian di Istanbul.Kemudian dia ditugaskan di Kem Tentera Batalion di Salonika.

Start dari itu dia telah memulakan usaha untuk menjatuhkan empayar Islam yang kuat pada era tersebut....dia telah dilantik menjadi panglima bagi memerangi orang putih yang menyerang turki pada masa itu...dikatakan bahawa selepas beberapa bulan di medan perang orang putih kemudian berundur dan pada masa yang sama nama KAMAL ATARTUK mula naik dan terkenal serta telah dianggap sebagai KHALID ALWALID Turki...dan pada masa yang sama dia telah membuat perancangan yang begitu rapi bagi menggulingkan khalifah pada zaman tersebut..

Selepas kejatuhan khalifah tersebut digulingkan maka KAMAL naik menggantikan khalifah tersebut..pada masa yang sama tentera-tentera orang putih yang cuba untuk menakluki Turki berundur.

Bermula episod hitam bagi umat ISLAM apabila sistem KHALIFAH ISLAMIAH mula dimansuhkan oleh KAMAL dan pengharaman pemakaian jilbab serta purdah atau lebih mudah pemakaian ISLAM telah diharamkan dan diwajibkan cara-cara pemakaian Barat.
Selain itu cuti pada hari Jumaat dimansuhkan dan dalam masa beberapa tahun sahaja dia berjaya menghapuskan perayaaan AIDIL ADHA dan AIDIL FITRI serta menutup beberapa buah masjid.Bahkan MASJID BESAR AYA SOFEA telah ditukarkan kepada gereja.Azan dalam bahasa ARAB ditukarkan kepada bahasa Turki serta penggunaan bahasa ARAB ditukarkan kepada bahasa LATIN.Pada awal kemunculan KAMAL,dia telah mengubah penggunaan ASSALAMUALAIKUM kepada MARHABAN BIKUM(selamat datang).
Diriwayatkan semasa saat kematian KAMAL tiada pengganti yang dilantik bagi meneruskan apa yang telah dilakukan olehnya....

Orang putih telah mengatakan 'Apa yang berlaku ialah Turki dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritual iaiti SISTEM KHALIFAH ISLAMIAH' dalam satu sidang parlimen...

Apa yang dirisaukan oleh KAMAL ATARTUK saat kematiannya telah diteruskan oleh umat ISLAM sendiri yang mengaku ISLAM pada zahirnya tetapi dalaman WALLAHU'ALAM...
Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari sejarah dunia ISLAM yang semakin terkubur dek arus zaman disebabkan oleh kecuaian kita sendiri yang MALAS untuk membongkarkan misteri dunia ISLAM yang penuh dengan pengajaran yang perlu diambil sebagai iktibar dalam kehidupan seharian kita....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan