Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

22 April 2010

Sumbangan Islam dalam Pertanian Sepanyol

Seawal kurun ke-19 sistem pertanian moden sudah menjadi tunjang kepada ekonomi dan pengorganisasian di negara islam. Bandar-bandar islam yang hebat berhampiran afrika timur, utara dan sepanyol telah mempunyai sistem pertanian yang terperinci yang merangkumi sistem pengairan yang ekstensif dan juga kepakaran pertanian terhebat pada masa itu.

Orang islam telah pun menternak kuda dan kambing dari baka yang terbaik dan menanam sayur-sayuran. Selain itu, mereka juga telah mempunyai pengetahuan dalam menggunakan baja, cara-cara mengawal makhluk perosak pengkulturan secara silang (cross culture) untuk menghasilkan spesies baru.

‘… telah menghasilkan pelbagai bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga. . Pokok buah oren dibawa dari India ke semananjung tanah arab seblemum kurun ke 10. Bangsa arab telah memperkenalkannya kepada Syria, Asia Minor,Palestine,Mesir, dan Sepanyol dimana seterusnya ia merebak ke negara-negara selatan Eropah. Penanamna pokok tebu dan penghasilan gula juga disebarkan dengan cara yang sama oleh bangsa arab iaitu daripada India melalui ‘Near East’ dan dibawa masuk ke Eropah oleh tentera-tentera salib. Kapas ditanam pertama kali di Eropah oleh orang-orang arab. Pencapaian ini terlaksana di atas tanah yang kering melalui saliran pengairan yang teratur. Khalifah pada masa itu telah membuat pengecualian dengan membernarkan perusahaan secara percuma.Kerajaan sendiri yang memberi sokongan keawangan dan mengarahkan kerja-kerja baik pulih saliran yang lebih besar. Sungai Euphrates telah pun sedikit sebanyak disalirkan ke sungai Mesopotamia., Tigris dan parsi dan tidak ketinggalan juga saliran yang menghubungkan dua buah sungai. di Baghdad. Pemerintahan awal abasiyah juga menggalakkkan pengaliran lumpur subur dan pembaik pulih kampung yang hampir dimusnahakan atau yang telah ditinggalkan. Pada abad ke 10 dibawah pemerintahan putera Samanid, kawasan tersebu dikenali “Mahligai Bumi Yang Empat” (”four earthly paradises).

Menurut Scott, sistem pertanian orang islam di Sepanyol adalah yang paling kompleks dan paling saintifik dan paling lengkap yang dihasilkan oleh manusia. Kenyataan ini disokong lagi oleh Glick yang menurutnya orang islam yang paling banyak menyumbang kepada tranformasi yang berlaku di atas muka bumi. Satu lagi simbol revolusi tanah Islam ialah diama ketika Eropah berpecah-belah dibawah perhambaan buruh dan sistem ekonomi yang berbentuk penghambaan negara Islam telah pun memiliki pertanian secara berbajak. Menurut Joseph McCabe, ‘bangsa-bangsa arab’ dizaman Andalusia adalah telah mempunyai ‘estet yang diusahalan pekerja-pekerja lading dan jarang sekali dikerjakan oleh hamba. Di sepanjang the Guadalquivir sahaja terdapat 12000 kampung yang hidup dalam keadaan yang gembira.

Revolusi pertanian Islam kelihatan agak sedikit pelik kerana kerana ia telah mervolusikan seluruh tanah air Islam tanpa pengecualian. Pecapaian ketamdunan ini berlanjutan selama 5 kurun, bermula dari kurun ke-7 dan seterusnya. Tanah Islam subur dan telah melahirkan masyarakat yang sentiasa berkembang kesan dariapa pertanian yang subur. Contohnya, menurut ahli-ahli awal geografi, telah terdapat sebanyak 360 kampung di Fayyum (sebuah daerah di Mesir) diamana setiap satu daripadanya mampu membekalkan makanan kepada seluruh Mesir unuk tempoh satu hari., terdapat juga 12000 kampung di sepanjang Guadalquivir, Persisiran antara Tangiers dan Melilla (afrika Utara) dimana telah pun ditinggalkan pada hari pada satu masa dahulu ianya padat dengan penduduk; Di jalan antara Gafsa dan Feriana, sebahagian Turki yang kini adalah padang pasir, dahulunya terdapat 200 perkampungan.; dan disepanjang Tigris (Iraq) pemenmapatn berterusan sehingga ke suatu tahap di mana suara ayam berkokok saling bersahutan dari bumbung ke bumbung rumah daripada Basra ke Baghdad. Terdapat bukti-bukti lain menunjukkan gambaran yang sama teteapi lebih terpinci. Contohnya, sebuah statitik penduduk seramai 10000 orang pada abad ke 8 menunjukkan tiada sebuah pun kampung di Mesir yang memiliki tanaman di bawah 500.

Untuk pemahaman yang lebih mendalam terhadap faktor-faktor yang menyebabkan revolusi pertanian memerlukan penulisan lebih terpinci. Secara keseluruhannya artikel ini menjelasakan 4 faktor utama yang menyumbang kepada revolusi pertanian iaitu pengenalan kepada tanaman baru oleh orang islam, penggunaan ekstensif sistem pengairan, penggunaan dan pengurusan tanah yang lebih cekap dan peranan ilmuwan dalam menggalakkan inovasi pertanian dan sains.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan