Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

02 Mei 2010

PERSIAPAN!!

Blog ni ditulis lagi pada hari nih bagi mengingati kita semua remaja yang akan menempuh pelbagai cabaran dan seterusnya menjadi pejuang bagi menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini khususnya di negara masing-masing...
Persiapan yang semestinya dilakukan bagi menghadapi dunia sekarang yang semakin kejam bagi umat Islam yang mengamalkan Islam yang sebenar-benarnya berlandaskan ALQURAN dan ASSUNNAH ialah:

1-Mempersiapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

2-
Mengasuh dan mendidik jiwa agar boleh beristiqomah dengan perjuangan Islam. Sesungguhnya sudah ramai bersemangat untuk berjuang sebelum ini akhirnya gagal di tengah jalan apabila bertemu dengan dugaan dan cabaran yang berupa penderitaan. Seandainya generasi tunas hanya mampu bersemangat untuk waktu yang sementara dan layu di tengah jalan, maka kita akan melihat perjuangan Islam akan terus berada dalam perjalanan yang sukar. Memetik kata Said Zahari (tahanan poltik tanpa bicara selama 17 tahun) dalam bukunya, Meniti Lautan Gelora : “Saya tidak pernah menangis dan tidak akan menangis hanya kerana saya ditahan”.

3-Mempelajari teknik-teknik dakwah yang terbaik. Segala macam bentuk dakwah Islam perlu didalami sebaik mungkin. Konsep tarhib wa targhib dan dakwah bilhikmah perlulah sentiasa dijadikan panduan kepada para pejuang khususnya generasi tunas. Ini penting bagi memastikan masyarakat memahami konsep penjuangan Islam yang sebenar. Seterusnya, masyarakat akan memilih Islam kerana merasakan bahawa Islam adalah merupakan plihan yang terbaik bukan didorong oleh kebencian terhadap sistem yang ada paad hari ini.

4-Generasi tunas haruslah sentiasa menyedari bahawa hidup dan mati mereka hanyalah untuk Islam. Setiap langkah yang dibuat haruslah disertakan bersama keikhlasan kepada Allah. Ini kerana merupakan aib yang terlalu besar seandainya mereka yang mengaku sebagai pejuang Islam namun perjuangan yang didokong masih terpalit dengan niat duniawi.

Ingatlah Islam pada akhir zaman ibarat bara api.Barangsiapa yang menggenggamnya akan selamat dunia akhirat.Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan