Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

06 Mei 2010

Racun Sekularisme

Kita sering mendengar perkataan sekularisme diperkatakan, tetapi hanya segelintir yang memahami pengertian dan pengaruhnya dalam masyarakat Islam hari ini. Sekularisme adalah satu idea Barat yang dibawa oleh penjajah-penjajah ke negara Islam supaya peranan agama Islam boleh dipersempitkan bagi memudahkan mereka mengambil alih.


(Eropah 450AD)

Setelah pengikut-pengikut Nabi Isa berhijrah ke Barat, mereka berjaya mengkristiankan bangsa Eropah yang terkenal dengan kekejaman dan amalan keberhalaan itu. Namun demikian agama Kristian tidak mampu menghadapi perubahan bangsa Eropah semasa meletusnya Revolusi Perindustrian yang inginkan kebebasan fikiran dan kemajuan ilmu pengetahuan. Idea2 perkembangan ilmu pengetahuan Barat yang datang dari dunia Islam yang telah maju seribu tahun sebelumnya, telah ditentang oleh pihak gereja. Kesan dari pertentangan inilah menyebabkan timbulnya fahaman Sekularisme yang memisahkan agama dari negara dan duniawi. Teori dan fahaman Sekularisme ini dirasakan amat sesuai digunakan oleh penjajah-penjajah Barat menguasai dan menundukkan Umat Islam ditanah jajahan mereka.

Dalam bidang pelajaran, penjajah-penjajah telah mengajarkan sejarah keagungan bangsa Eropah dengan mengetepikan sejarah perjuangan, kemenangan dan kemurniaan Islam seperti contoh yang disilibuskan dalam mata pelajaran Sejarah peringkat menengah. Di samping itu juga mereka telah mencungkil kembali sejarah kuno bangsa-bangsa yang terjajah bagi menimbulkan semangat kebangsaan dan perkauman. Umat Islam di Mesir diajarkan sejarah Kerajaan Firaun, di Iran diajarkan sejarah kebesaran Kerajaan Parsi di zaman Kisra dan di India dia diajarkan sejarah bangsa Arya. Demikian juga di negeri-negeri Melayu, diajarkan sejarah Majapahit, Sri Wijaya, dan sebagainya. Semua ini tidak memberikan apa-apa sumbangan dan peranan bagi menyedarkan umat Islam agar kembali kepada agama mereka, sebaliknya telah memarakkan semangat Kebangsaan yang merenggangkan lagi kesatuan umat Islam sejagat.


(Ilustrasi Pelukis Tamadun Arya)


(Gambar Kisra)

Hasil daripada semangat kebangsaan inilah yang menyebabkan musuh-musuh Islam telah berjaya memisahkan dan memecahbelahkan umat Islam di negara-negara Islam yang berbilang bangsa dan suku kaum itu. Sesungguhnya fahaman kebangsaan, Assabiyah atau Nasionalisme inilah yang telah melumpuhkan Daulah Khilafah Uthmaniyah yang memegang teraju pemerintahan Islam sedunia. Oleh kerana semangat inilah negara-negara Islam sendiri, bukan sahaja tidak memberi bantuan kepada Turki yang sedang terkepung dalam Perang Dunia Pertama bahkan telah belot dengan membantu pihak Berikat untuk mengalahkan Kerajaan Turki...

Wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan