Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

21 April 2010

Kesan Pendidikan Islam Terhadap Barat

Tahukah anda ketika agama mendominasi budaya Eropah antara kurun ke-7 dan kurun ke-12, sistem pendidikan Islam telahpun mendahului zamannya? Sistem pendidikan umat Islam yang progresif mencakupi pelbagai bidang dari perubatan hingga sejarah, mencetuskan pembaharuan dalam sistem pendidikan di Eropah.

Islam menekankan kepentingan mencari ilmu kepad umatnya. Lantas, umat Islam telah mencipta satu sistem pembelajaran yang sistematik dengan membina bangunan khas untuk pendidikan. Pada mulanya, masjid-masjid telah menjadi tempat untuk tujuan ibadah dan menuntut ilmu. Pada kurun ke-10, Seljuks (yang memerintah antara kurun ke-11 dan awal kurun ke-14) telah memperkenalkan Madrasah pertama, iaitu sekolahyng dibina berasingan dari masjid.

Di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah (memerintah dari kurun ke-15 hingga kurun ke-20), pendidikan telah diberi dimensi baru ketika Bandar Bursa dan Erdine menjadi pusat utama pendidikan. Sistem Kulliye Ottoman, iaitu satu bangunan yang mempunyai sebuah masjid, sebuah hospital, sebuah madrasah, dapur awam dan ruang makan, adalah satu pembaharuan yang membolehkan pendidikan diakses oleh semua masyarakat melalui makanan percuma, penjagaan kesihatan dan penempatan.Universiti pertama juga telah dibangunkan daripada masjid, di lokasi-lokasi utama dan mempunyai kepentingan yang utama. Masjid-masjid universiti yang hebat dan terkenal adalah seperti Al-Qarawiyyin (859 masihi, Fez), Al-Azhar (956 Masihi, Cairo) dan Cordova (kurun ke-8) adalah seperti Oxford dan Cambridge sekarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan