Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

21 April 2010

Pendidikan Dalam Islam

Al-Quran telah berulang-ulang kali menyeru seluruh mukminin untuk memikirkan, mereflek dan belajar tentang ilmu-ilmu yang boleh membawa mereka lebih dekat kepada Allah s.w.t dan makhluk ciptaan-Nya. Al Quran menggunakan perkataan yang berulang-ulang untuk menekankan beberapa kata kunci untuk membangkitkan kesedaran kepada pendengar-pendengarnya. Allah telah diulang sebanyak 2,800 kali dan Rab telah diulang sebanyak 950 kali di dalam Al Quran, manakala perkataan Ilmu telah di ulang sebanyak 750 kali.

Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan umat Islam untuk menuntu ilmu selagi mana termampu dan mencarinya (Ilmu) sepanjang masa.

Atas dasar mengikuti suruhan Rasulullah s.a.w., pemimpin Muslim menekankan agar setiap kanak-kanak Muslim menuntut ilmu dan mereka sendiri telah memberi sokongan padu epada institusi pendidikan dan pembelajaran secaraa keseluruhannya. Maka dengan ini, pendidikan awal telah menjadi satu kepentingan yang lazim bagi umat Islam. Wilds mengatakan bahawa ‘pendidikan adalah satu aspek yang diberi fokus oleh umat Islam yang membolehkan mereka mencipta dan membangunkan tamadun yang mantap.


Pendidikan adalah satu nilai yang sangat dititik beratkan dalam hidup dan pembangunan individu Muslim hinggakan jarang sekali dapat dijumpai seorang Muslim yang tidak boleh membaca atau menulis.’Scott mengatakan bahwa ‘ketika Islam memerintah Sepanyol, tiada satu kawasan kampung pun yang tidak dilengkapkan dengan sistem pendidikan yang boleh dihadiri oleh setiap kanak-kanak dari setiap keluarga. Di Cordova, terdapat 800 buah sekolah umum yangm dihadiri oleh Muslim, Kristian dan Yahudi di mana pembelajaran melalui cara syarahan dilakukan.

Orang-orang Islam di Sepanyol menerima ilmu pada masa yang sama dan keadaan yang sama seperti yang diterima oleh orang yang melakukan haji dari Asia Minor ( kawasan semenanjung barat Asia di antara laut Hitam dan Laut Mediterranian) dan Arab, dari German, Perancis dan Britain.

Di dalam Universiti Islam yang hebat di Cordova, orang Yahudi dan Kristian juga di nobatkan sebagai professor. Insitutusi pendidikan ini sangatlah disanjungi sehinggakan para guru dan pelajar d tempat ini dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Malahan, perpustakaan-perpustakaan besar yang dimiliki oleh para pedagang dan hartawan seperti yang terdapat di zaman Renaissance 600 tahun selepas itu, melambangkan bahaa mereka adalah golongan atasan.

‘Jarang sekali dijumpai dalam budaya-budaya lain’ Pedersen mengatakan bahawa pencarian ilmu mempunyai peranan yang penting seperti yang diletakan kedudukannya oleh Islam dalam hayat setiap umatnya. Ilmu,yang mana merupakan satu komponen penting dalam hidup para intelek, turut menjadi agenda penting oleh setiap Muslim. Hidup mereka yang berkisar di dalam masjid telah tersebar keluar dan mempengaruhi masyarakat sekeliling’. Setiap tempat, dari masjid hinggalah ke hospital, observatori dan madrasah adalah tempat belajar.

Para ilmuan juga menyampaikan ilmu kepada orang ramai di rumah mereka sendiri. Al-Ghazali, Al-Farabi dan Ibnu Sinna yang mengajar di sekolah-sekolah awam, akan menyambung pengajaran mereka di bilik-bilik belajar dan perpustakaan kepada mereka- mereka yang dijemput

Tiada ulasan:

Catat Ulasan