Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

26 Februari 2011

Mengapa Tidak Mahu Bertuhan? Ep 3

(Cinta)

“Pak Man,….hmm…” seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan oleh Muhammad.

"ye saya"

“Pak Man pernah terima hadiah tak, yang bagi Pak Man paling berharga?

”hmm…

senyap….bunyi-bunyi kenderaan yang lalu sedikit sebanyak membuatkan Pak Man melihat-lihat kenderaan-kenderaan yang lalu. Kepalanya seperti memikirkan apakah hadiah yang berharga baginya.

"Ada….Ni , cincin perak kat tangan aku"

“Siapa beri Pak Man cincin ni?..

”Tunang aku"

“Hah?…Tunang?…Pak Man nak kahwin lagi ke?

”ala ko ni, aku tak abes cakap lagi. Tunang aku tu dah jadi isteri aku. Dia yang bagi aku cincin ni

“ooooo…tak cakap awal-awal. Apa perasaan Pak Man dapat cincin tu?..dan apa Pak Man buat?

”huih…ko ni semua nak tau ke

“ala Pak Man cerita je. Saya nak dengar gak pengalaman Pak Man

”hmmm..Masa dapat tu, fuih…aku rasa cam bahagia je. Seronok. Cincin ni, aku tak pernah bukak dari tangan aku kecuali kalau masuk bilik air atau tandas. Aku jaga betul. Kau tengok la, berkilat lagi ni, macam aku dapat mula-mula dulu. Bila dah kahwin tu, aku semakin menghargai isteri aku, ye la, kalau sebelum kahwin, dia bagi aku cincin, tapi lepas kahwin, lagi banyak dia bagi aku. Anak-anak, ketaatan, ala, macam-macam lagi la. Semua berkaitan rumah aku, dia yang uruskan. Yang aku bahagia nye, dari ramai-ramai lelaki kat dunia ni, dia sudi jadikan aku suami dia.Itu paling penting.

“lagi??..

”lagi?…hmm…dengan semua-semua tu, menyebabkan aku makin cinta kat dia. Apa je dia buat, aku puji. Ye la kan, bila kita puji ni, dia gembira, dan dia buat lagi baik. sampaikan bagi segelas air kosong pun, selalu aku puji melangit tinggi…hehhee…kita kena pandai jaga hati Muhammad bila dah bercinta ni. Sebab dalam rumahtangga ni, nak tambahkan nilai cinta, jangan kedekut pujian . Bila kita puji isteri kita ni, satu , ia menunjukkan kita menhargai dia, dua, dia balik pada diri kita, maksud aku, ia akan menambahkan lagi cinta ko pada isteri ko. Nanti bila ko dah kahwin, amalkan benda ni, bila cinta kamu dan isteri kamu utuh,kamu bahagia.

“wah..Pak Man ni romantik la.” Muhammad seronok mendengar cerita Pak Man.

"aih..mesti la, hahahah, kembang hati Pak Man bila dipuji sambil tangannya mengurut-ngurut dagunya dan keningnya diangkat-angkat (gaya bangga).

“Pak Man ingat lagi yang Pak Man tanya kenapa saya berzikir?..

”ha, jawab la. Aku nak tau

“hmm…jawapan Pak Man tadi macam dah menjawab serba sedikit

”terang sket..bleh?

“Macam ni…Islam ni, satu benda berharga. Bukan semua orang dapat merasai nikmat iman dan Islam ni. Macam isteri pak Man pilih Pak Man sorang je dari ramai-ramai lelaki, macam tu juga, saya rasa, Allah beri saya nikmat dalam iman dan Islam yang bukan semua orang boleh dapat. ini menyebabkan saya ingin mengenali Allah, kenali sifat-sifatnya, apa kerja dia. Hasilnya saya dapati, semua yang saya buat, pasti ada bantuan dariNYa. Maka, ini menyebabkan saya makin cinta pada Tuhan. dan saya suburkan rasa cinta saya padanya dengan berzikir, menyebut-menyebut namanya, memuji-muji kebesaranNya. Tidak lain tidak bukan kerana saya berterima kasih padanya dan ingin menyuburkan lagi cinta saya padaNYA. Orang bila bercinta, akan selalu menyebut-nyebut nama kekasihnya, begitu hugalah saya. Disebabkan rasa cinta itu, saya tidak kekok untuk selalu menyebut namanya.

"wah..kamu ni…. Pak Man tidak meneruskan kata-katanya. Dalam hatinya, merasa kagum pada Muhammad, kerana baginya, Muhammad lebih memahami erti cinta. Satu senyuman terukir di bibirnya ketika matanya bertembung dengan mata Muhammad , senyuman tanda kagum dan suka pada gaya Muhammad

“Pak Man, saya ni, nak tanya sket

”hah, sila-sila. Ko nak tanya seribu pun, aku jawab”

“gini, saya nak kahwin dalam masa terdekat ni. Jadi , ada tak tips-tips dalam menghadapi dan berhadapan dengan rumahtangga ni?..ye la kan, nak tau pengalaman-pengalaman Pak Man dalam mengekalkan rumahtangga ni sampai hari ni..”

"hmm..bagus-bagus..kamu nak kahwin ni.benda baik ni, jangan tangguh-tangguh. tak elok..tapi ada benda-benda yang kamu kena setkan dalam kepala, ‘bila mula-mula kahwin tu, perasaan bahagia tu ada. makin hari makin sayang bak kata orang. ni dalam lingkungan tahun pertama la. Ko masuk tahun kedua, cabaran bermula. Dengan sikap isteri kamu, anak lagi, kerja lagi. Huihhhh, nak kata camne ye, cinta ko tu betul-betul teruji. Kadang-kadang , bila ada masalah tu, aku sabar je la. Tahan diri. Aku fikir balik kenapa aku kahwin dengan bini aku dulu. Aku sejukkan hati, dalam masa yang sama, aku lalui juga. Aku cakap kat ko, masa ni nak jaga hubungan kamu tu, ikatan perkahwinan kamu tu, betul-betul teruji. Aku tak nak bercerai berai ni, jadi, memang aku jaga betul la. Sabar je, biarkan masa berlalu. Dari tahun 2 ke tahun 5-6 perkahwinan kamu tu, banyakkan bersabar. period tu, period yang menguji aku, lepas tu, bila dah lama tu, aku dah tak rasa dah. Apa yang berlaku, semua aku terima. Cinta aku kat bini aku, makin bertambah. Yang penting, masa kamu lalui detik-detik sukar tu, banyakkan terima apa yang dihadapi. nanti lepas tu, kamu akan rasa nikmatnya masa-masa sukar tu.

“ooohhh…best-best.menarik.

"dengar best la, nak hadapi nanti, haih…terdiam nanti.

“hmm…saya nak tambah sket boleh?”

"cakap je.’

“saya nak hubungkan cerita Pak Man tu dengan saya. Ye la kan, bila kita dah sebut dan lafazkan akad nikah tu, segalanya bermula. Kehidupan baru bermula. Macam kita dah sebut tiada Tuhan selain Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah. masa ni, kehidupan baru bermula. Kita sebut kita rasa best, rasa cinta pada Allah. jadi dalam rasa cinta tu, pasti ada ujian-ujian yang menyebabkan kita lebih cinta pada siapa yang kita cinta.

Kalau Pak Man tadi, cinta yang ada pada Pak Man skang ni pada isteri Pak Man, lebih tinggi berbanding dari mula-mula kahwin dulu. Semuanya disebabkan ujian-ujian yang dihadapi speanjang perjalanan perkahwinan Pak Man. Semua ujian-ujian yang dihadapi tu, menambahkan manis dan perisa dalam cinta Pak Man pada isteri tu. Macam tu juga kita, bila dah sebut tiada Tuhan selain Allah , kita seolah-seolah sudah macam dah umumkan yang saya cinta Allah,jadi, bila camtu, pasti ada ujian yang menunjukkan betulkah cinta kita itu?..

Kita dalam Islam ni, semua ujian yang dihadapi adalah tidak lain untuk melihat sejauh mana kita dalam menunjukkan dan membuktikan apa yang kita kata bahawa kita beriman. Setiap apa yang kita sebut perlukan bukti, jadi untuk melihat sama ada kita dapat buktikan keimanan kita tu, Allah berikan ujian-ujian pada setiap orang untuk melihat sejauh mana bukti dia kata tu. Seseorang yang cintanya yang sangat mendalam pada isterinya, disebabkan kepayahan-kepayahan yang dihadapi sepanjang usia perkahwinan itu. Ada juga pasangan yang tidak berapa menunjukkan kecintaan mereka , kerana tidak banyak mana yang boleh ingat.

Begitu juga, mereka yang dekat dengan Allah, cinta mereka cinta tinggi pada Allah, kerana mereka melalui banyak cabaran dan dugaan mereka dalam menghadapi dan membuktikan kecintaan mereka pada Allah. Tidak hairanlah bahawa Nabi-nabi dan Rasul-rasul berada ditingkat tertinggi ini disebabkan apa yang mereka lalui dalam kecintaan mereka pada Allah.

Apa yang ingin saya utarakan disini, adalah , kita dalam Islam ni, akan sentiasa diuji , bergantung pada keadaan setiap orang. Setiap orang tidak sama ujian yang dilalui. Boleh kan Pak Man?”

"hmm…baru faham rupanya aku ni. Allah.. Pak Man seolah-olah baru tersedar. Allah, perkataan yang sudah lama tidak disebutnya. Disebabkan ego dan tidak berusaha selama ini dalam menjaga imannya, dia menyesal dengan sikapnya sebelum ini. Kalaulah dia bertemu dengan Muhammad lebih awal atau orang seperti Muhammad, pasti dia akan merasai apa yang dirasai Muhammad sekarang. Baginya, ini titik mula baginya.

"Muhammad, nanti esok-esok aku nak tanya lagi pada kau ye. Ada banyak lagi aku perlu tahu.ada nada harapan pada suara Pak Man.

“hmm..insyaallah..kalau Pak Man tidak keberatan, asar nanti ke,maghrib nanti ke, kita jumpa di masjid boleh?..” ..Muhammad cuba mengajak Pak Man,kerana baginya apabila seseorang sudah sedar, tidak boleh dilengah-lengahkan kerana takut sikap lama akan kembali.

"in..sya Allah…’ gagap seketika dalam menyebut kalimah yang sudah lama tidak disebutnya. Pak Man cuba mengikut perkataan yang selalu diucapkan Muhammad itu.

bersambung….
Volgina Street, Konkova,
117437,Moscow.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan