Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

27 Februari 2011

Mengapa Tidak Mahu Bertuhan? Ep 4

(Pagar)

Oleh itu, kesimpulan dari pengajian kita malam ini, kita kena sedar Allah itu, sangat adil terhadap hamba-hambanya. Hanya kita yang perlu belajar bagaimanakah adilnya Tuhan itu.Jadi, kita sambung kuliah kita pada minggu hadapan,pakcik-pakcik, makcik-makcik adik-adik ke yang mahu bertanya,kita buka pada semua


Muhammad memandang hadirin dihadapannya, terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat kampungnya. Memang setiap hari Jumaat, dia akan menyampaikan kuliah bertajuk akidah dengan menggunakan sebuah buku tulisannya sendiri “Aqidah : kunci kebahagiaan”. Asalnya bermula dia menyampaikan kuliah di masjid kampungnya tanpa perancangannya. Ianya hasil dari jemputan ketua kampungnya yang tahu bahawa dia baru menamatkan pengajiannya di sebuah instiusi agama di sebuah negeri di pantai timur. Ketua kampung tahu, anak muda yang bernama Muhammad ini, dengan akhlaknya yang sangat cantik,tutur kata yang indah , penampilan yang menarik mampu menarik penduduk kampung untuk hadir ke masjid.


Memang hasilnya, setiap hari jumaatlah masjid kampung itu akan penuh disebabkan oleh kuliah yang disampaikan oleh Muhammad. Penampilan Muhammad yang sungguh bersahaja dan mudah masuk dengan penduduk-penduduk kampung, sangat menarik minat penduduk untuk mengikuti kuliah dan pengajaran dari anak muda ini.


"Muhammad, pakcik ada soalan sikit” Pak Said mengangkat tangan sebagai permintaan untuk mengajukan soalan. Tiada panggilan ustaz diberi pada Muhammad. Memang inilah yang dipinta oleh Muhammad, sebagai syarat baginya untuk menabur bakti dikampungnya itu. Dia mahu lebih merasa dekat di hati hadirin, kerana dia tahu bahawa gelaran itu tidak penting sangat berbanding kandungan yang ingin dibawanya pada masyarakat.


‘ye sila pakcik.jangan malu-malu’


"macam ni, pakcik nak tanya, kenapa kita ni, hidup kena jaga dan pelihara iman kita? kenapa kita tak boleh biar macam tu je“


‘hmm…soalan yang menarik.sebelum tu, saya nak tanya, Pak Said kerja kebun kan?’
"Haah"


‘Pak Said tanam apa ye?’


“aku tanam banyak.kobis, cili,timun lepas tu ada dua tiga jenis sayur lagi. ada la dekat dua ekar”


‘wah..hebat Pak Said.macam mana ye Pak Said pastikan semua-semua tanaman Pak Said tu subur cantik je bila dia besar?'


Hadirin-hadirin tekun mendengar pertanyaan dan perbualan antara Muhammad dan Pak Said.Mereka cuba mencari apa yang ingin disampaikan oleh Muhammad kerana Muhammad masih tidak menjawab persoalan yang disampaikan oelh Pak Said tetapi memulakan perbualan


“Banyak. Masa mula-mula tu, buat batas, tanam, lepas tu siram, bubuh baja. Lepas tu, last skali,pastikan kebun tu berpagar,dan tanaman tu tiap-tiap hari kene tengok, buang rumput-rumput liar yang tumbuh kat skeeliling untuk bagi dia tumbuh cantik. Semua-semua perlu untuk pastikan tanaman tu dapat hasil lumayan bila dah sesuai untuk dipetik dan dijual.“


‘owh, macam tu ye. Pernah ke Pak Said punye tanaman tu tak menjadi, atau rugi sket sepanjang pak said berkebun ni?’


“Itu sudah pasti. memang ada, tapi dah lama la cerita tu, masa tu, tak silap aku, aku terlupa nak tutup pintu pagar masuk dalam kebun aku, esoknya , aku datang memang hajat nak petik sebab semua dah boleh petik dah. Aku sampai je, habis, musnah. Ntah binatang apa ntah yang makan. Pokoknya musnah, ada yang hancur. Masa tu aku kecewa betul, untung tak macam biasa, dapat sikit je. Lepas tu, ada sekali lagi tu, masa tu bini aku sakit, masuk hospital. 10 hari aku tak turun kebun. Hasilnya, semua hampir semua tanaman aku mati, sebab masa tu musim kemarau, bila tak jaga betul-betul habis la. Dua kali tu je aku ambil pengajaran. skang ni, alhamdulillah. berjalan baik je“


‘Pak Said boleh faham dah kenapa iman kena jaga?’


“laa, kan kau tak jawab lagi. Tu yang aku pelik tu ko tanya pasal kebun aku.” Pak Said menggaru-garu kepalanya cuba mengaitkan antara kebunnya dengan iman yang ditanya olehnya sebentar tadi.


‘Ok camni Pak Said, Iman kita ni macam tanaman la kita ibaratkan. Kalau tanaman-tanaman tu kita kena jaga macam tu jugaklah kita kena jaga iman kita. Sama ada mahu disuburkan atau dimatikan semua terpulang pada kita, kalau kita mahu suburkan kita akan dapat keuntungan dari suburnya tanaman kita tu. Kalau kita nak biarkan tanpa penghalang, maka jangan disalahkan oleh lain bila tanaman kita tak menjadi. Iman kita apatah lagi perlulah dijaga dan disemai agar kesuburan iman itu terjamin.’


“ooooo….baru aku faham..ok-ok..aku nampak dah.” timbul satu senyuman dari pipir tua pak said setelah menyedari analogi yang ingin dibawa oleh Muhammad. Memang selalunya dia lambat sedikit menangkap benda-benda yang perlu dalam fikir ni, tetapi kalau bab berkebun, jangan ditanya orang lain, dialah paling semangat.


‘Jadi, ada lagi ke soalan-soalan yang boleh kita bawak berbincang sama-sama. ‘ Muhammad selagi lagi memberikan laluan pada sesiapa yang mahu bertanya pada yang tidak terang sepanjang pengajian sebentar tadi.


“‘Muhammad, makcik nak tanya” Makcik Leha pula bersuara dari tempat muslimat. Tirai yang memisahkan jemaah lelaki dan perempuan memang sengaja dibuka sepanjang kuliah bagi memudahkan sesi pengajian.


‘Ye makcik, silakan’


“kenapa ye makcik selalu doa , tapi tak banyak yang makcik dapat apa yang makcik doakan“


‘Boleh tahu, makcik doa apa?’


“erk..erk…hmmm…makcik doa biar keluarga makcik kaya.”


‘Suami makcik kerja apa?


“nelayan…” ada nada seperti sedih dari ucapan makcik Leha.agak gugu untuk dia meluahkan pekerjaan suaminya.


‘makcik Leha ada anak berapa orang?


“‘Tujuh“


‘semua dah besar-besar ke?’ Muhammad cuba mencungkil lagi latar belakang keluarga Makcik Leha.


“hmm…ada tiga dah masuk university. empat lagi masih sekolah,ada sekolah tahfiz, ada sekolah agama, ada sekolah asrama penuh.sorang lagi, masih darjah enam.UPSR tahun ni.”


‘hmm…makcik sedar tak, yang makcik hampir dapat apa yang makcik idamkan?


“macam mana tu?“ Makcik Leha masih termanggu-manggu dengan soalan Muhammad.


‘Macam ni, Makcik Leha minta kaya, tapi Allah beri Makcik anak-anak yang berjaya, sudah tiga masuk university, anak-anak makcik pun masuk sekolah berasrama. Allah mengkayakan anak-anak makcik dengan ilmu. Makcik diberi Allah anak-anak yang berjaya, anak-anak yang cerdik. Inilah salah satu kekayaan yang diperlukan. Makcik pun, saya pasti , mesti gembira bila tengok anak-anak makcik berjaya. Kaya tak semesti duit banyak, tapi boleh juga, anak-anak yang berjaya , yang ada agama dan ilmu , dan faham tujuan hidup, itu juga satu bentuk kekayaan. Allah berikan makcik apa yang sangat diperlukan makcik, itulah kebahagiaan dan kekayaan jiwa makcik sendiri. Boleh faham ke makcik?


“Kabur la nak“


‘ok, kita ambil contoh lain, anak makcik pernah sakit tak?


“pernah”


‘apa makcik buat?


“makcik bawa pergi doktor, suh doktor cek dan nak ubat sekali“


‘lepas tu?'


“lepas tu,doktor pun cek, dan dia bagi ubat sekali.kadang-kadang , anak makcik tak nak ubat yang doktor bagi, sebab pahit, dia nak yang manis, tapi doktor kata, ubat yang manis tu tak sesuai dengan sakit anak makcik, jadi, nak tak nak, anak makcik kena la makan ubat yang pahit tu untuk sembuh“


‘Macam tu jugaklah Allah. Tuhan kita. kalau kita doa tu, semuanya diterima, macam doktor terima anak makcik masa makcik bawa jumpa dia suh cek. Dan Tuhan akan cek doa kita sama ada doa kita ni sesuai tak untuk kita macam doktor memberikan ubat yang sesuai dengan penyakit anak makcik. Dia tak boleh bagi ubat yang diminta anak makcik sebab ianya tak sesuai dengan anak makcik. Kalau ia sesuai baru dia bagi.’


‘Dengan kata lain, Tuhan kita, iaitu Allah, dia memberikan kita apa yang kita PERLU bukan yang kita MAHU.Jelas ke makcik?’


“aah la..betul-betul..jelas..sangat jelas Muhammad. Baru makcik faham. Baru sedar makcik tak berapa menghargai dan tak berapa bersyukurnya makcik selama ni dengan apa yang sudah makcik dapat.“


‘ok, masih ada lagi soalan?…kita ambil dalam dua soalan lagi sebelum kita akhiri perbincangn kita malam ni.’


Sambil itu, Muhammad melihat-lihat wajah-wajah hadirin, hampir semua menunjukkan wajah penuh minat terhadap apa yang disampaikan olehnya. Walaupun ada yang bersandar di dinding belakang masjid, duduk tepi tiang, dan pelbagai lagi gaya duduk yang ditonjolkan oleh hadirin,tetapi tiada yang menunjukan kebosanan. Muhammad bersyukur. Sekurang0kurangnya, dia berkongsi ilmu yang diperolehinya selama ini. Bukan mudah baginya berhadapan dengan hadirin-hadirin, ilmu-ilmu yang susah dan berselirat dahulu, perlu untuknya mempermudahkan agar sesuai dengan gaya berfikir masyarakatnya.


Suasana masih lagi sunyi, masing-masing saling memandang satu sama lain, mengacah-acah orang disebelah agar bertanyakan soalan-soalan pada Muhammad.Muhammad masih lagi memperjalankan matanya dari satu hadirin ke hadirin yang lain. Ada yang melihatnya dari awal kuliah sehingga kini, tidak beralih pandangan.Baginya itu biasa, kerana tanda seseorang itu meneliti setiap apa yang dipelajarinya.


“Abang Muhammad, kita nak tanya, kenapa dalam Quran banyak cerita pasal buah-buah?” Umar, baru berumur 10 tahun mengajukan soalan. Umar sangat suka cara Muhammad mengajar, dan yang menyebabkan dia juga hadir di majlis malam ini, kerana Muhammad suka bergurau dengannya. Berborak, dan kadang-kadang belanjanya ais krim.


‘haa..Umar suka makan buah-buah tak?’


“suka…sangat suka.”


‘Umar suka makan buah apa?’


“Umar suka anggur, sedap tapi, abah tak selalu beli. sebab mahal katanya. Abah kata, gaji abah tak banyak. Banyak benda lain kene beli.jadi Umar tak nak la susahkan abah. Nanti kalau selalu mitak abah beli anggur, takut adik-adik nanti tak boleh bawak belanja ke sekolah. Keluarga Umar bukan keluarga kaya.” ada nada sedih pada suara Umar. Walaupun umurnya baru mencecah 10 tahun, tapi dia sangat memahami kesusahan keluarganya. dan dia pasti akan terasa bila orang bertanyakan tentang keluarganya.


‘Haa…Umar, umar jangan sedih.. Umar kene belajar betul-betul, jadi orang yang beriman, Umar jadi orang mukmin, jaga betul-betul perintah Allah, jaga mak abah Umar, jangan kecikkan hati diorang. Nanti kat syurga nanti, Umar boleh makan buah banayk-banyak. Minta je nak buah apa.'


“wah..bestnya, buah anggur ade tak abang Muhammad dalam syurga?”


‘ada, Umar minta je nak buah anggur warna apa. Nak makan banyak-banyak pun boleh’
“bestnya. kalau macam tu, Umar nak betul-betul jadi anak soleh la. Nak masuk syurga.boleh makan buah anggur banyak-banyak” begitulah semangatnya Umar bila tahu buah kesukaannya ada dalam syurga. Muhammad turut gembira melihat semangat yang ada pada Umar,hadirin yang lain merasa terharu dan ada yang menitiskan air mata terutama ayahnya yang berada di sebelahnya.Sambil itu, Muhammad meneruskan ucapannya,


‘Begitulah pakcik makcik, syurga penuh dengan buah-buahan. Kerana apa buah-buahan ni banyak disebut dalam Quran?..Kerana buah ni, satu tanda golongan elit. Golongan kaya. Kita yang duduk kampung ni, mungkin selalu kita makan buah, tapi buah tu, selalunya bermusim. musim-musim tertentu je kita boleh makan. Kalau kita pergi di bandar-bandar, buah-buahan bukan selalu dijadikan hidangan. Selalu sekadar makan nasi dan lauk je. Lepas tu air. Tapi kalau kita pergi ke rumah orang-roang kaya, kita akan dapati, atas meja diorang atau dalam peti diorang mesti ada buah-buahan. Nak dikatakan buah ni tak pernah putus dari makanan diorang. Lepas makan, mesti ada pencuci mulut dari buah.’


‘Quran dia cerita pasal buah kerana ia menunjukkan kekayaan. Ia sebagai salah satu petunjuk bahawa di Syurga semua orang akan dapat merasai kekayaan itu. Ianya tidak lain untuk menyebabkan kita rasa bersungguh-seungguh dan sebagai pemangkin semangat kita untuk terus beramal’


“Muhammad, boleh ke kita buat ibadah ni sebab nak masuk syurga?” giliran Hazmin pula bertanya, pemuda yang berumur lingkungan 35 tahun.


‘Hmm.soalan yang menarik..Abang Min ada anak ke?’


“ada.”


‘Ada berapa orang ye?…umur?’


“ada 4 orang..Paling besar 10 tahun paling kecik 5 tahun.”


‘ok, kita buat perumpamaan begini. Abang Min satu hari tengok kereta abang macam kotor sikit. Lepas tu, abang Min tawarkan pada anak-anak Abang Min, siapa yang tolong basuh kereta , abang Min bagi upah.Then, mereka pun basuh kereta. Basuh sampai berkilat. Dah habis tu, 3 orang anak-anak abang Min datang dekat abang Min minta upah seperti yang dijanjikan. Apa yang Abang Min buat?’


”Mesti la aku bagi upah tu sebab aku dah janji”


‘Tapi, ada sorang anak abang Min tak datang dekat pun pada Abang Min. Lepas tu, abang Min tanya , kenapa tak nak mitak upah tadi?….Anak abang Min yang sorang tu jawab,’along basuh kereta abah bukan sebab nak upah, sebab abah adalah abah along.Dah banyak abah buat untuk along, takkan basuh kereta pun tak boleh?’


‘kalau anak abang Min jawab camtu, apa Abang Min buat?’


”Wah, kalau anak aku jawab camtu, aku tambah lagi upah dari yang dijanjikan. dan mestilah sayang aku makin bertambah pada yang sorang ni, sebab dia buat kerana aku”


‘Ok..macam tu lah perumpamaan kita,Allah janji kita syurga kalau kita beriman dan beramal soleh, dan kalau kita ikut perintah, kita akan diberi sesuai dengan yang dijanjikan. Tapi kalau kita buat sebab kerana Allah itu Tuhan kita dan kerana mahu mendapatkan Redha dia, maka nanti kita akan dapat lebih dari yang dijanjikan sepertimana abang Min beri pada along tadi’


“ohh……” Hazmin melopong kerana berasa bahawa konsep hati yang dibawa oleh Muhammad sangat berbekas.Sambil itu, Muhammad menambah:


‘Kita ni, sebagai umat Islam, iman kita kena selalu bertambah, kalau mula-mula kita buat amal kerana paksaan masa kecil dulu, bila dah besar sikit takkan mahu dipaksa lagi. Maka kita naik tingkat sket, buat amal kerana mahu ganjaran, bila dah lama, takkan kita mahu buat amal kerana mahu upah sahaja?..maka disini kita membetulkan niat kita, kita buat amal kerana mahu keredaan. Tak salah kalau buat kerana nak ganjaran dan upah tapi kalau kita dah dapat keredaan maka kita pasti akan dapat lebih dari yang sepatutnya. Bila dah sampai tahap ni, kita tingkatkan amal kita, bukan sekadar mahu redha tetapi atas dasar kerana terima kasih.


kalau manusia, kita beri hadiah, dia ucapkan terima kasih dan menghargai pemberian kita, kita pasti akan beri yang lebih baik dari sebelum ini kan?…jadi, marilah kita muhasabah diri kita. Akhir kata, dalam sebulan setengah lagi , saya dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di University Al-azhar, jadi, mungkin kuliah kita hanya ada lagi 4 minggu ni..Jadi kit atutup majlis kita dengan tasbih kaffarah dan surah al asr.’


Seusai kuliah, iqamah dilaungkan dan solat berjemaah Isya’ didirikan. Muhammad mengimami solat berjemaah itu, suaranya yang lembut sangat meruntun hati pendengar. Selesai solat berjemaah, hadirin bersalam-salaman, tatkala Muhammad bersalaman dengan Pak Zaki, Pak Zaki membisikkan sesuatu di telinganya,


“Muhammad, aku nak bincang dengan kau sikit lepas ni…”


bersambung….


Volgina Street, Konkova,
117437,Moscow.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan