Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

08 April 2011

Mengapa Tidak Mahu Bertuhan? Ep 5

(Tuhan)

Petang Sabtu. Cuaca pada hari ini sangat damai dengan sinar matahari yang tidak terlalu panas tidak terlalu mendung. Dengan awan stratocumulus, menunjukkan bahawa cuaca petang itu cukup baik. Matahari pula, malu-malu menyembunyikan dirinya di balik awanan , menyebabkan suasana yang redup dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa mengindahkan lagi suasana petang itu.

Suasana petang di kampung sungguh mengasyikkan. Bunyi burung-burung berkicauan, anak-anak muda bermain bola di padang, anak-anak kecil berkejaran , suasana ceria yang pasti mendamaikan kerana jauh dari hiruk pikuk bunyi kenderaan yang lalu lalang. Petang itu, Muhammad membawa Umar berjalan-jalan dengan membonceng basikalnya. Memang selalu rutinnya, jika petang Sabtu itu tiada aktiviti baginya, dia akan membawa Umar berjalan-jalan sambil menikmati suasana kampung.

Setiap kali peluang itu tiba, pasti tidak kering gusi Umar tatkala bersama Muhammad. Bagi Umar, Muhammad dianggapnya seperti abangnya sendiri, walaupun mereka tiada hubungan darah, tetapi kebaikan yang dipamerkan oleh Muhammad sangat mencuit hati kecilnya. Dalam sibuk mereka menikmati suasana kedamaian petang itu, cerita demi cerita diborakkan mereka. Dalam coleteh itu,

“abang , Umar nak tanya boleh?

‘ye umar, umar nak tanya banyak-banyak pun boleh

“Tuhan ni rupa dia macam mana ek? Macam matahari ke? Bulat..”

‘haa…menarik soalan umar ni.. Umar pernah tanya cikgu tak?

“pernah…tapi cikgu cakap Umar tak faham…berbelit”

‘haha…Umar pernah dengar tak cerita pasal Nabi Ibrahim?’

“cerita Nabi Ibrahim ada banyak kan?yang mana satu ek?Umar ingat sikit-sikit je”

‘yang Nabi Ibrahim tengok bulan bintang tu..yang baginda rasa bahawa bulan tu, Tuhan, tapi bila bulan tu hilang, baginda kata “takkan la Tuhan boleh muncul hilang..lepas tu pulak..’

belum sempat Muhammad menyambung cerita, Umar mencelah ,

“ooo, yang lepas tu, Nabi ibrahim tengok bintang pulakkan?..lepas tu dia kata, ini Tuhan aku, tapi lepas tu bintang pun hilang jugak..terus baginda tak mengaku..tapi lepas tu, baginda tengok matahari pulak..masa ni, baginda cakap, ini baru betul Tuhan aku, sebab besar..tapi lepas tu pulak, matahari pun tenggelam..terus baginda kata “aku berlepas diri dari apa yang kaum aku persekutukan (sembah) “…betul kan bang?”

‘haa, pandai la umar ni..jadi, apa pengajaran cerita tu?’

“Tuhan tu bukan matahari, bukan bulan dan bukan bintang..”

‘matahari bentuk dia macam mana?’

“macam bulat”

‘jadi, bulat bukan Tuhan…faham tak?’

“faham…jadi, rupa Tuhan macam mana?”

Umar menggaru-garu kepalanya. Masih menunggu jawapan yang memuaskan hatinya. Walaupun baru berumur 10 tahun, umar merupakan pelajar yang cerdas dan boleh dikatakan pintar . Hampir setiap ujian atau peperiksaan di sekolahnya, nombor paling kecil pasti dimilikinya. Anak yang menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya.

Sambil itu, basikal yang dinaiki Muhammad dan Umar melalui satu kawasan rumah yang sedang diubah suai. Muhammad mendapat suatu idea …

‘Umar, umar pernah tengok tak mak umar buat kuih? ‘

“pernah”

‘selalunya kuih apa yang mak umar selalu buat?’

“selalu, karipap, kuih cara, donat , lepat pisang”

‘kuih yang mak umar buat tu, sama tak dengan rupa mak umar?’

Umar yang duduk dibahagian besi dihadapan Muhammad, memalingkan mukanya pada Muhammad, sambil tangannya masih memegang pada handlebar. Sambil mecebirkan mulutnya :

“abang ni sihat ke tak?…ada ke patut tanya soalan macam tu..takkan la rupa mak serupa dengan karipap kot..dengan donat pun sangat beza..tak serupa”

‘hehhehe..saje je tanya camtu..satu lagi..tadi Umar tengok tak pakcik yang buat rumah tadi?’

“tengok..”

sambil kepalanya berpaling semula pada rumah yang sudah jauh ditinggal di belakang..

‘rupa pakcik tu dengan rumah yang dia buat tu, sama tak?’

“eiii abang ni..asik tanya soalan tu je..mesti la tak sama..apa la..soalan budak kecik pun nak tanya”

Umar mengomel pada Muhammad. Merasakan seperti Muhammad masih memperkecilkan dirinya. Walaupun Umar masih 10 tahun, tetapi dia tidak merasakan bahawa itu masih kecil, perasaan biasa bagi kanak-kanak yang mereka tidak suka diperlekehkan terutama anak sulong seperti umar.

‘alahai Umar..takkan merajuk kot..macam ni..abang tanya macam tu sebab abang nak bagi penjelasan je..yang Tuhan ni, dia tak sama dengan makhluk. Seorang tukang buat kuih, rupa kuih dia, jauh beza dengan diri dia. Tukang buat rumah tak sama dengan rumah yang dia bina. Tukang buat basikal yang kita naik ni pun, tak sama rupa mereka dengan basikal.

Dan Tuhan kita, Allah, dia ciptakan manusia dan semua yang ada kat langit dan bumi, jadi , rupa Tuhan berbeza dengan rupa ciptaan dia. Sebab Tuhan ni, Tukang segala Tukang.Jadi dia tak sama dengan semua yang ada kat langit dan bumi. Sebab tu kita tak boleh buat apa-apa bentuk atau patung untuk menggambarkan rupa Tuhan.Umar faham ke tak ni?

“oooo….” panjang sahutan Umar mendengar penjelasan yang diberikan, sambil mulutnya juga membentuk hurf ‘O’. Selepas itu, dia tersengih sendirian.

“abang, Umar nak tanya lagi..roh tu macam mana? betul ke dia wujud? camne kita nak tahu dia wujud? “

‘hmm…umar ni banyak sangat la tanya.. Letih abang nak jawab.

“ala..kalau abang tak tahu nak jawab , cakap je la tak tahu.hehehhe” Umar memancing Muhammad untuk menjawab soalannya.

‘haih , mesti la abang tahu. tapi abang tahu sikit je. ‘ Muhammad tidak mahu mengalah dengan soalan yang ditanya oleh Umar. Kepalanya ligat mencari jawapan yang sesuai dengan upaya Umar untuk menangkap maksudnya.

“apa dia jawapan dia?…kalau lama sangat, cakap je tak tahu”

‘macam ni…rumah umar ada berapa banyak lampu?’

“ada 5. Satu kat ruang tamu, satu kat tandas, satu kat bilik air, satu kat bilik umar dan satu lagi kat bilik adik2”

‘lampu dia guna apa untuk hidupkan?’

“guna elektrik”

‘Umar nampak tak elektrik tu macam mana?’

“tak”

‘habis macam mana Umar tahu elektrik tu ada?’

“Sebab….” umar cuba berfikir..

“sebab lampu tu bernyala..sebab tu elektrik ada”

‘haa..pandai pun..kalau lampu tu , kita boleh tahu yang dia bernyala sebab ada elektrik, jadi macam tu juga dengan roh. Walaupun kita tak nampak roh tu macam mana, tapi kita hidup ni bukti roh tu ada. Kalau lampu perlukan eletrik untuk hidup, maka roh kita tu, ibarat elekrtik yang menyalakan lampu.

Setiap benda ni, kadang-kadang kita tak boleh nampak tapi kita boleh rasa. Macam angin, kita tak nampak macam mana angin, tapi kita boleh rasa angin tu macam mana.

lagi satu, macam tu jugak dengan Tuhan kita, iaitu Allah. Walaupun kita tak nampak dia macam mana, tapi kita boleh rasa bahawa dia wujud. Dia ada. Buktinya, sistem-sistem kehidupan kita ni, langit terbit , bulan cantik, dengan lautan-lautan semua-semua ni, bukti bahawa Allah itu ada. Kalau karipap yang mak umar buat takkan wujud kalau mak umar tak buat, macam tu juga alam semesta ni. Takkan wujud kalau tiada pencipta yang menciptakannya..’

Panjang berjela Muhammad menerangkan pada Umar. Menghilangkan segala kusut masai yang membelenggu akal kecil Umar.

‘Umar faham kan’

“fahammmm…” panjang bunyi faham Umar. Kali ni dia betul-betul nampak. Dia sudah mula faham erti Tuhan.

Sambil itu, basikal mereka sudah hampir menghampiri rumah Umar, hampir 1 jam lebih mereka keliling kampung.

“abang, kenapa kita kena dakwah?..kenapa kita dakwah pada orang Islam lagi?”

‘hmm..disebabkan nak sampai rumah Umar dah, abang bagi contoh mudah je.lain kali pulak kita sambung..ok tak?

“okes.”

‘Kita ni, yang Allah beri kita Islam, macam kita ada madu. Dan orang yang dah merasai nikmat Islam ni, macam dia dah minum madu tu. Rasa yang sangat best, tak manis sangat, dan yang kita tahu , madu ni dia ubat segala penyakit. Jadi, semua-semua orang Islam ni, ada yang dah merasa manisnya Islam tu, manisnya madu.

Tapi ada yang masih tidak sedar, yang mereka memegang madu, tapi tidak pernah merasa sendiri madu tu. Jadi tugas kita, kita suruh setiap orang untuk merasa sendiri madu tu. Bila setiap orang dah merasa sendiri, barulah mereka tahu bahawa apa yang diorang rasa tu sangat-sangat berharga. Ubat segala penyakit, madu. Dan Islam juga ubat segala penyakit jiwa, hati , perasaan dan juga kehidupan kita. Sebab tu kerja kita adalah untuk cuba promosikan Islam ni pada semua orang, biar semua orang merasa nikmat apa itu Islam.

‘Umar faham tak?’

“owh…macam tu..”

‘satu lagi, Tuhan suruh kita dakwah, bagitau pada orang sekeliling kita apa yang kita ada.Kita ada Islam, kita sebarkan Islam, kita ada rasa bahagia, kita kongsikan kebahagiaan yang kita rasa, kita ada duit lebih sikit, kita berikan pada orang-orang yang ada kurang sikit duit. Dengan kata lain, kita kena hidup untuk fikir sama-sama pasal orang lain. Kita takleh hidup sorang-sorang.’

“kenapa kita tak boleh hidup sorang-sorang?..umar ada kawan kat sekolah, dia sangat pendiam. Tak suka berborak dengan sesiapa pun.Boleh je dia hidup”

‘hahhaha…Umar, macam ni.. Baju yang umar pakai ni, sapa buat?’

“tukang jahit”

‘nasi yang umar selalu makan tu, ayah umar dapat dari mana?’

“kedai

‘Ikan ayah beli kat mana?’

“pasar”

‘cuba Umar tengok, semua yang ada kat sekeliling kita, kita perlu orang lain untuk menyempurnakan kehendak kita. Jadi sebab tu, kita sebagai umat Islam, tidak boleh hidup sorang-sorang. Semua yang kita ada, kita kena kongsi bersama kalau boleh.Sebab agama kita ni , Islam ni, agama bermasyarakat.

Habis sahaja penjelasan Muhammad, mereka berdua sudah berada di hadapan rumah Umar. Umar segera turun dari basikal. Ada sedikit lenguh pada punggungnya kerana duduk di atas besi hampir sejam lebih. Tapi dari raut wajahnya dia puas petang itu. Banyak yang dia dapat belajar petang itu bersama Muhammad.

“Abang Muhammad, terima kasih tau..Lain kali kita jalan-jalan lagi ye.”

Kemudian , Umar terus masuk ke rumahnya. Muhammad sekadar memerhati sehingga kelibat umar masuk ke dalam rumahnya. Sebelum sempat Muhammad memulakan kayuhannya semula untuk pulang ke rumahnya, Umar muncul semula di muka pintu,

“Abang Muhammad , Kak Aisyah kirim salam!!!”

jeritan Umar itu sedikit membuatkan Muhammad terkejut. Segera ditinggalkan Umar ,dalam hatinya ada sedikit rasa malu. Sesuatu bermain difikiran Muhammad apabila mendengar nama ‘Aisyah”……..

Bersambung……
Volgina Street, Konkova,
117437,Moscow.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan