Mutiara Hadis

Dari Abu Hurairah ’Abdurrahman bin Shakhr radhiyallohu’anhu, dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda: ” Apa saja yang aku larang bagi kamu hendaklah kamu jauhi, dan apa saja yang aku perintahkan kepadamu maka lakukanlah sesuai kemampuanmu. Sesungguhnya kehancuran umat-umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya dan menyelisihi nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

19 April 2011

Mengapa Tidak Mahu Bertuhan? Ep 6

(Siyasah)

Senja sudah melabuhkan tirainya, jemaah di masjid sudah ada yang pulang ke rumah. Beberapa orang anak muda membuat bulatan di satu penjuru dengan memegang alquran di tangan masing-masing,rutin biasa bagi mereka untuk meningkatkan lagi penguasaan membaca alquran juga sebagai medan untuk mereka merapatkan lagi tautan ukhwah sesama mereka.

Sementara itu,beberapa orang pakcik duduk bersingguh di luar halaman masjid sambil menyalakan batang rokok dengan sebuah tin saiz besar seolah-olah ingin dipenuhkan tin itu dengan abu-abu rokok. Sambil itu, mereka berborak-borak tentang suasana semasa. Dari hal perbelanjaan rumah sehinggalah isu negara yang sibuk diperkatakan. Perbualan yang tidak akan habis selagi tidak berkumandang azan untuk waktu seterusnya. Begitulah rutin mereka.

Dalam masa yang sama, Muhammad bergegas pulang ke rumah. Malam ini, dia perlu ke sebuah rumah di kota Shah Alam untuk memberikan kuliah. Kuliah untuk para pendakwah muda di sana. Pemilik rumahnya merupakan seorang usahawan berjaya. Memiliki ruang tamu yang cukup memuatkan hampir 60 orang dalam satu-satu masa. Dalam kuliah itu , selalunya , segala persoalan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara akan terbit yang menunjukkan kebebasan untuk bertanya dan pertukaran pendapat sesama mereka.

Sesampai di rumah, sebuah kereta perdana V6 berwarna kelabu perak sudah sedia menanti Muhammad. Muhammad meletakkan basikalnya di satu sudut rumahnya dan terus masuk ke dalam rumah mengambil bahan-bahan yang perlu untuknya dalam sesuatu kuliah. Buku, pen, kitab semua disapunya dan dimasukkan ke dalam sebuah beg dan terus dia mencari ibunya mengatakan bahawa malam ni kemungkinan akan balik lewat sikit kerana kuliah yang akan diadakan tidak tahu bila akan habis.

Selesai itu, terus dia keluar rumah, dan ketika dia membuka pintu kereta , ucapan salam terus didahulukan pada pemandu kereta, Husein. Anak muda yang baru tamat pengajian di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur. Walaupun sudah tamat pengajian, tetapi Husein masih tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengannya, kerana itu dia menawarkan diri menjadi pemandu sementara pada Pak Hasan, pemilik kereta itu juga pemilik rumah yang akan Muhammad adakan kuliahnya di situ.

Sepanjang-panjang perjalanan itu, mereka berbual-bual tentang apa yang patut dibualkan.Menghidupkan suasana yang agak sunyi. Sebelum menjadi pemandu Pak Hasan, dan sebelum Husein berkenalan dengan Muhammad, kehidupan beragama Husein agak longgar, tetapi setelah bertemu dan berkenalan dengan Muhammad, perubahan pada diri Husein sedikit demi sedikit ke arah kehidupan beragama, paling ketara adalah setiap perkara yang dilakukannya pasti akan disebut bismillah dan setiap perkara yang kabur dalam kehidupan beragama pasti akan ditanya pada mereka yang arif tentangnya berbanding kehidupannya sebelum ini, yang segalanya hampir ikut suka kepalanya sahaja.

“Muhammad, aku nak tanya sikit la kan, bila kita Islam ni kan, ada ke syarat-syarat dia?” , setelah lama berbual Husein mengajukan soalan pada Muhammad.

‘hmm…syarat?…macam mana ye..Syarat Islam ni mudah je.. Kita terima Islam ni secara menyeluruh, jangan separuh-separuh atau sekerat-sekerat. Dia macam kita masuk sebuah syarikat,yang mana syarikat tu ada undang-undang dia yang perlu kita patuh untuk bekerja kat situ bukan syarikat tu kena ikut kita. Sesuatu syarikat tu, dia ada etika berpakaian, tak boleh selekeh, kena kemas, berbaju kemeja dan lain-lain. Begitu juga dengan Islam ada etika pakaian, etika pergaulan dan lain-lain.semuanya kena patuh.’

“owh…macam tu ye..tapi kan, kenapa ye kadang-kadang kita buat benda kecil pun, tapi ganjaran dia, atau pahala dia besar?”

‘Islam ni, dia menghargai kebaikan yang dibuat oleh manusia. Misalkata kalau sebuah lukisan tu, kalau kita jual pada kedai besi buruk, pasti tiada harga , kalau jual pada galeri lukisan, kadang-kadang harga yang kita dapat ada yang sampai tak terbayang akal kita. Sedangkan bahan-bahan yang kita guna untuk lukisan tu, sangat murah harga dia.

Kalau kita nak tengok mata kasar kita sebagaia manusia, memang benda tu kecil, sebab kita bukan penilai sebenar sesuatu usaha tu, tapi Allah ni dia penilai sebenar segala usaha kita. Jadi sebab tu, kalau kita nak beramal,kadang2, jangan dipeduli sangat kata-kata manusia,sebab bukan manusia yang menilai.’

Perjalanan malam iu lancar, kenderaan di atas jalan tidak sesibuk mana. Mungkin kerana hujung minggu, masa yang sesuai untuk bersama keluarga. Pebualan di antara Muhammad dan Husein semakin rancak.Banyak yang ditanyakan oleh Husein.

“Aku ada baca,tapi aku tak faham lagi la maksud dua perkataan ni. Takwa dan Ihsan.boleh terangkan sikit tak?”

Muhammad memandang ke luar.Melepaskan pandangannya pada kereta-kereta yang datang dari arah bertentangan, lampu-lampu jalan dan rumah-rumah kedai yang masih giat beroperasi. Kepalanya ligat berfikir. Dilihatnya sebuah sebuah kilang. Dia mendapat satu idea.

‘erm..taqwa..kalau ikut maksud asalnya seperti takut atau berhati-hati. Ihsan pulak, haih..tak tahu nak bagi maksud macam mana..tapi kita boleh buat perbandingan macam ni. Taqwa ni macam kita masuk sebuah syarikat, kita diberi undang-undang yang patut dipatuhi, maka, kita ikut segala-galanya yang diarahkan.. Kalau ihsan pulak, dia satu tingkat lebih sikit. Dalam masa yang sama kita duduk dalam syarikat tu, dalam kita ikut segala undang-undang dalam syarikat tu, kita juga berfikir macam mana nak kembangkan syarikat tu, nak jadikan ianya lebih baik dari sedia ada. Nak kembangkan pekerja-pekerja yang ada, nak kembangkan dia punya rangkaian dia.

kalau nak buat perbandingan dia, macam ummat Islam yang sekadar solat lima waktu , laksanakan semua rukun-rukun Islam dengan umat Islam yang cukupkan rukun-rukun Islam dalam masa yang sama dia berfikir macam mana nak sebarkan Islam pada orang lain’

“ada beza ke dua tu?” Husein seolah mahukan lebih penjelasan.

‘ada, mestila ada perbezaan dua tu. Macam pekerja biasa dengan dan pegawai executive syarikat. Kita dengar pun dah tahu banyak beza. Paling ketara adalah dari sudut gaji. Dua-dua ni akan dapat gaji, tapi yang executive ni pasti gajinya lebih besar dari yang pekerja biasa. Macam tu la juga taqwa dan ihsan. Taqwa macam pekerja biasa, dan ihsan macam pekerja executive syarikat.’

“Jadi , macam mana ye kita nak mulakan menyeru orang lain ni?”

‘Hmm..dalam nak menyeru manusia ni, benda pertama kita betulkan dasar atau asas agama dahulu. Kalau perkara pertama dalam membuat sesebuah bangunan tu adalah dasarnya atau tapak dia, maka tapak atau dasar bagi seseorang untuk Islam adalah dalam bab aqidah(pegangan) dia.

Kita sebagai orang yang nak menyeru manusia ni, benda pertama kena kita dahulukan adalah diri kita. Kita ni umpama baja kepada tanaman. Kalau baik baja, baiklah pokok yang mahu dihasilkan.

Benda pertama kita kena betulkan pada diri adalah bahagian akhlak atau penampilan kita.Nabi dulu sebelum dilantik sebagai Rasul, akhlak dia orang sangat kagum sehinggakan manusia tidak meragui dirinya. Dan kita jangan bagi orang ragui sikap dan sifat kita, kerana itu akan mengganggu proses kita dalam menyeru manusia. Kita tutup segala ruang untuk orang kritik kita. Itu yang terbaik dalam kita membuat seruan ke arah kehidupan beragama ni.’

Perjalanan mereka sudah hampir ke destinasi yang dituju. Hampir 20 minit mereka berada di dalam kereta. Kini tinggal lagi dua selekoh sebelum sampai ke rumah yang dituju.Husein masih ada yang mahu ditanyanya lagi.

“Dalam kita nak menyeru manusia ni, perlu ke kita ada medium untuk untuk menyeru manusia ni?..contoh, cam ada tu, melalui parti politik ke, badan bukan kerajaan (NGO) ke, ke macam mana?

"kenapa ada banyak sangat, PAS la JIM la, ABIM la?…aku kadang-kadang pening..‘

‘kalau ditanya pasal medium tu, bagi saya, sangat perlu, kerana kita manusia ni, tak boleh buat kerja sorang-sorang.Dan atas kita bagaimana nak masuk melalui mana..sama ada badan politik ke atau badan bukan kerajaan.

manusia ni ada banyak golongan.ada tu, yang tak mahu terlibat langsung dengan politik, jadi pendekatan kita kurangkan cerita pasal politik. dan ada yang lebih suka pada politik, maka pendekatan kita juga ikut suasana.

Cuma kita kena tanamkan dalam diri, Nabi bila dia bercakap, dia bercakap sebagai seorang ketua negara, seorang ayah, seorang ketua kewangan negara dan segalanya Nabi sentuh.

dan dalam pada tu,kita letakkan dalam diri, bahawa dalam kita menyeru manusia ni, kita ketepikan segala perbezaan yang terhasil dari satu kelompok dengan kelompok yang lain. Sebagai contoh, untuk menanam padi, ada yang menggunakan cangkul ada yang gunakan kerbau dan ada yang gunakan mesin jentera. Jadi, bagi kita, smeuanya mahu menanam padi, jadi kita ketepikan jenis cangkul, kerbau dan jentera tu, kita tumpukan pada padi yang mahu ditanam.kerana bila kita tumpukan pada hasilnya nanti iaitu padi, maka semua kerja kita akan lebih mudah. Jangan sebut sangat tentang perbezaan , nanti kalau sibuk sangat dengan perbezaan, kerja tak berjalan. Abang boleh faham ke?’

“erm…rasanya…boleh kot..” Husein merasa macam ada kurang dari penjelasan, tetapi dia sudah tidak mahu meneruskan pertanyaan kerana hampir sampai ke rumah Pak Hasan.

‘macam ni la abang husein…komunis bila dia war-warkan propanganda dia, maka dia hasilkan negara. Sosialis pun begitu. Kapitalis pun serupa. Jadi semua sistem tu,mereka semua ada negara sendiri untuk tunjukkan keistimewaan mereka.

Maka Islam lebihlah layak untuk itu. Kita menyeru manusia, untuk berbuat baik dan mencegah kemungkaran, yang last sekali, untuk menghasilkan sebuah masyarakat dan negara yang melaksanakan hukum-hukum Tuhan.

Dan dalam kita menyeru manusia ni, lapangkan dada kita terhadap sikap dan aksi masyarakat atau individu-individu. Jangan jadikan jiwa kita ni macam air di dalam cawan, yang jika dibubuh nila setitik terus berubah, tapi jadikan jiwa kita ni macam air di lautan, dibubuh nila setitik masih tidak berubah keadaan dia.

Jadi, rasanya itu je la kot tambahan saya. Kita pun dah sampai ni. Nanti bila-bila ktia sambung lagi. Jom kita masuk.’

Muhammad mengakhiri perbualan mereka. Mereka masuk ke halaman rumah Pak Hasan. Bersalaman dengan hadirin yang sudah hadir. Setelah menghirup sedikit air yang disediakan , Muhammad mengambil tempat dan memulakan kuliahnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan